Thursday, February 8, 2018

Butter Worth Pushful

Lagi entri yang tertinggal dari tahun lepas. Yang dah berusia 20 21 tahun...


Butterfingers - Butter Worth Pushful (1997)

Ini adalah satu pembelian cuba jaya atau kata orang putihnya trial and error. Ikut tarikh yang di catatkan di cd, ianya di beli pada 11hb Disember, 1997. (dulu-dulu memang rajin betul mencatat tarikh pembelian di inlay, sekarang dah malas dah)

Kalau tak silap ianya di beli di sebuah kedai cd di Alpha Angle Wangsa Maju. Entah ujud ke tidak lagi tempat ni. Bertahun dah tak jejak kaki di Wangsa Maju. Mahu sesat kalau pergi sekarang. Zaman tu nama Butterfingers tengah meletup. Tak pernah dengar pun lagu-lagu mereka. Orang yang jenis cdholic ni, tak tau pun main bantai jer beli.


Sekali pasang dah dapat cam bunyi Nirvana dan band-band grunge yang seangkatan dengannya. Mereka bagus. Lagu sedap. Tetapi muzik sebegini bukannya saya. Tak sesuai untuk mengulas muzik yang bukannya makanan kita. Kita tak minat, ada ramai lagi yang di luar sana suka. Rasanya termasuk hari menulis entri ini, tak sampai 10 kali kot cdnya diputarkan. Simpan sahajalah buat kenangan.

Satu-satunya lagu yang rasanya menawan hati adalah Vio-Pipe. Mungkin kerana inilah satu-satunya lagu mereka yang tidak berbau Seatle...




12 comments:

  1. Samalah..aku pun tak minat..walaupun dulu aku pernah jumpa album ni ..sekarang harga main 3-4 ratus ni..huhu

    ReplyDelete
    Replies
    1. wow...jual ni dah boleh dapat lp band yang made in USA tu...haha...

      Delete
  2. dulu memang rajin tulis tarikh/tempat beli kat kaset atau cd, sekarang mana nak tulis sebab semua (mostly) beli online...

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul juga tu...tambah2 kalau beli cd 2nd hand kat musicmagpie...hahaha...

      Delete
  3. letak RM300 konpem ada kipas susah mati beli

    ReplyDelete
  4. baru ja tadi lihat kat fb ada jual rm350.. antara cd2 lama mahal. butterfinger ni lah yg paling diburu kolektor.. dengar juga lah butterfinger ni zaman mp3 dulu.

    ReplyDelete
    Replies
    1. dia takder reissue kot...tu pasal mahal..

      Delete
  5. Kedai cd masih ada lagi tapi cd nya tak banyak pilihan.yg banyak dvd korea,hindi,cite katun,vcd mak lampir,vcd cite indon lama2 ngan cite p.ramlee yg ada.speedy dlm alpha angle ni pun mcm hidup segan mati tak mau.

    ReplyDelete
    Replies
    1. dulu masa aku kerja kat area Danau Kota (1997-1999 kalau tak silap)…2,3 minggu sekali mesti waktu lunch hour pergi Alpha Angle survey kedai2 cd kat sana…lama betul tak pergi sana…sekarang kalau takder google map memang sesat la jawapnya…

      Delete
  6. lagu-lagu butter mmg aku bole layan

    ReplyDelete