Wednesday, February 14, 2018

Van Halen

Yang menyambut ulang tahun ke 40 pada 10hb Februari yang lalu...


Van Halen - Van Halen (1978)

Album ini memang banyak pengaruhnya kepada mat rock awal 80an. Tambah-tambah jika anda bermain gitar. Siapa tak kenal Eddie Van Halen. Rasanya majoriti gitaris rock Malaysia zaman awal 80an menjadikan beliau sebagai idola. Hillary Ang contohnya.

Saya sendiri ketika budak-budak sebelum tau apa itu muzik rock, dah biasa dah dengar nama dan lihat logo Van Halen walaupun tak pasti lagunya macamana. Selalu juga dengar lagu "You Really Got Me" dimainkan oleh band-band rock kerja kawin disekitar kampung saya di Johor. Maka tak pelik lah kalau Kumpulan Search mengambil lagu tersebut untuk album pertama mereka (lagu Sirih dan Gambir)


Bagi saya ini adalah salah satu debut album rock terbaik dalam sejarah. Mendengar intro gitar "Runnin' With The Devil" sahaja sudah cukup mengujakan. "Eruption" pula mengesahkan status Eddie Van Halen sebagai seorang gitaris yang lain dari yang lain. Majoriti lagu-lagunya memang bagus. "Ain't Talkin' 'bout Love" adalah pilihan saya.

Beliau bersama David Le Roth telah mengubah sejarah muzik rock untuk selama-lamanya.


6 comments:

  1. VH ni nanti aku nak cari kompilasi je kot

    ReplyDelete
  2. Dulu masa kecik selalu dengo lagu "jump".intro keyboard tu tengiang2 kt telinga

    ReplyDelete
  3. 1, 2, women and children, dan apa2 je la zaman DLR aku boleh dengar sebagai hiburan rock n roll. Tapi Sammy Hagar onwards aku dengar dengan focus dan tengok liriks

    ReplyDelete
  4. giler aku kena masuk tiga page untuk baca semua...
    nasib ko satu page boleh isi 5 posting...
    berapa lama aku main blog

    ReplyDelete