Friday, March 9, 2018

For the Demented

Raja teknikal thrash kanada kembali....


Annihilator - For the Demented (2017)

Tabik! Ini album ke 16 mereka. Jeff Waters tak pernah serik. Tak pernah mengalah. Tak pernah kering idea. Dari tahun 80an hingga kini, beliau berterusan aktif memperjuangkan muzik metal . Tak kisah orang nak kata apa. Tak kisah walau sering bertukar anggota. Yang pentingnya Jeff Waters adalah Annihilator. Tambah pula bila dia kembali mengalas tugas sebagai vokalis. Dan peminat seperti saya akan terus menyokongnya.

Seperti kebanyakan band- band metal sebaya mereka. Era bereksperimen telah lama mereka tinggalkan.  Kesemua mereka cuba untuk kembali ke akar umbi. Tetapi masalah mereka semuanya sama. Cabaran untuk mengatasi album masterpiece mereka sendiri.

Bila anda pernah menghasilkan album album sehebat Alice In Hell dan Never Neverland. Aras tanda yang peminat tetapkan memang tinggi. The Big Four of Thrash pun tak pernah dapat mengatasi album album masterpiece mereka sendiri. Mereka akan setiasa dibayangi kejayaan silam.


Tetapi bagi saya, dengan For Demented, Annihilator telah mencapai tahap kpi yang sepatutnya. Tidaklah hebat sangat tetapi dalam masa yang sama tidak juga mengecewakan. Peminat mereka khasnya dan teknikal thrash amnya pasti tidak akan kecewa.

Ada beberapa lagu yang mengingatkan kita kepada era 80an dan awal 90an mereka. Jef Water masih mampu menghasilkan rif-rif melodic dan teknikal serta solo-solo yang membunuh. Paling saya suka dia masih tetap menghasilkan lagu balada thrash yang sedap walaupun band-band seperti Testament atau Overkill tidak lagi melakukannya.





10 comments:

  1. pergh gelaran mereka tu mmg kena dgr ni band... aku nak singgah jap kat youtube..

    ReplyDelete
  2. baru tau ada keluar album baru.. dengar lagu Twisted Lobotomy tadi boleh tahan jugak

    ReplyDelete
  3. Album Feast 2013 dengan tema zbie berdesup desap best mmg jd pooojaan aritu.. 90s revisited.. Still active dan still power wehh

    ReplyDelete
  4. dulu kenal band ni mula2 masa beli majalah gitar dan band, ada interview jeff waters

    ReplyDelete
  5. aku pun baru tau band ni ada lagi kluar album.cover ganas.

    ReplyDelete
  6. Bagus ko eh masih follow in band

    ReplyDelete