Friday, March 2, 2018

Rentak



Art Fazil - Rentak (2018)

Lama dah tak layan lagu-lagu folk melayu. Bila kepala dah tepu dengan lagu lagu hantu, sememangnya lagu-lagu sebegini adalah pengubatnya.

Agak lama tak mengikuti perkembangan Art Fazil. Banyak juga rilisan beliau yang saya tertinggal. Tetapi bila dapat tahu tentang cd ini dah Deaf pula nak tolong belikan. Memang pucuk dicita ulam mendatang.

Nak kata semua lagu baru tak juga. Lagu "Rilek Brader" tu dah lama kan. Tak silap dari 4, 5 tahun yang lalu. Dan dah biasa juga dengar lagu "Lepak" dan "Melayu Dikota Inggeris" di radio. Mungkin cd ini bolehlah dikatakan sebagai himpunan lagu-lagu single dan di tambah dengan beberapa lagu baru.

Tapi yang pastinya, Art Fazil memang tidak mengecewakan. Semua lagu sedap. Jika anda pernah suka Rausyanfikir pastinya anda juga akan suka yang ini. Lirik-liriknya lebih "humorous" kalau nak dibandingkan dengan album-album beliau sebelum ini. Tak terpikir pula lagu yang tajuknya "Lipas Kudong" dan liriknya ada perkataan cicak kobeng boleh menjadi sebuah lagu cinta.


Muziknya cenderung ke arah folk nusantara dan kemelayuan. Susunan muziknya pun sedap. Bak kata Deaf dalam blognya, ini memang calon album pop melayu terbaik untuk tahun 2018. Cuma satu yang pada saya agak kurang...bila Art menyebut Fandi Ahmad dengan slang orang putih menjadi Fendi Ahmed. Geli pulak telinga...haha...Tetapi mungkin ianya memang disengajakan.  Wallahu A'lam.

Cd ini membuktikan yang industri muzik pop melayu masih ada yang bagus. Masih ada yang perlu kita sokong. Tak rugi beb kalau beli...







4 comments:

  1. rilek brader tu mmg melekat lagunya selalu dengar dulu.. harapnya aku dapat beli sekeping cd ni. masuk list

    ReplyDelete
  2. Aku mmg suka album ni tapi masih tak boleh move on dari album solo English dan Rausyanfikir..still his best­čśŐ

    ReplyDelete
  3. kalau jumpa kat victoria aku nak beli.dah msg tapi diorang ckp stok takda

    ReplyDelete