Friday, March 23, 2018

The Missing Peace

Belian dari tahun lepas...


L.A. Guns - The Missing Peace

Lagi band lama yang cuba untuk membawa kita bernostalgia ke era 80an. Malah cover albumnya pun mengingatkan ketika kepada album pertama mereka dari tahun 1988. Dari segi penampilan dan fizikal memang mustahil untuk sama tetapi dari segi lagu ianya hampir berjaya.

Lagu-lagunya betul-betul mengembalikan saya ke era hair/glam metal mereka di penghujung 80an. Tak banyak band yang mampu berbuat begitu. Mungkin faktor kembalinya Tracii Guns selepas 15 tahun berpisah banyak membantu. Semua pun maklum. L.A. Guns adalah Tracii Guns dan Phil Lewis. Tanpa mereka berdua sememangnya tidak akan sama.

Beberapa saat mendengar lagu track pertama, sudah membuatkan kita rasa L.A. Guns yang lama sudah kembali. Lagu-lagu berikutnya mengukuhkan lagi andaian tersebut. Walaupun ada sedikit penurunan momentum pada track-track pertengahan, tetapi lagu-lagu dari track ke 8 hingga ke penamat memang cemerlang.


"Speed", “You Bought A Knife To A Gunfight”. "The Missing Peace" dan “Gave It All Away” adalah sebab kenapa saya sukakan L.A. Guns suatu ketika dahulu. Lagu baladanya juga tidak mengecewakan. "Christine" mengingatkan saya kepada "Crystal Eyes". Manakala “The Flood’s The Fault Of The Rain” rasanya mempunyai pengaruh kuat dari lagu classic rock, “House Of The Rising Sun”.

Tak banyak album baru dan band 80an yang dapat membuatkan kita kembali bernostalgia. Tetapi The Missing Peace adalah salah satu darinya.

Best!





3 comments:

  1. Traci guns ni aku selalu confused dengan traci lords tu.hahah.

    ReplyDelete
  2. Kan... aku ingat cover album lama

    ReplyDelete