Wednesday, October 24, 2018

Unbroken

Antara yang terkini di pasaran


Tokyo Blade - Unbroken (2018)

Salah satu band yang agak berpengaruh dalam scene NWOBHM. Walaupun tidak pernah mengecap populariti sehebat Iron Maiden, Def Leppard mahupun Saxon, tetapi reputasi mereka agak tinggi di kalangan pengemar muzik Heavy Metal terutamanya album pertama mereka yang dianggap sebagai klasik.

Tak sangka dah 3 dekad berlalu sejak kali pertama dikenalkan kepada lagu-lagu dari Tokyo Blade. “If Heaven Is Hell” dan "You Are The Heart" menjadi antara soundtrack zaman remaja. Kalau siapa yang belum tahu, "May - Sketsa Sebuah Cinta" intronya agak mirip dengan lagu "You Are The Heart".


Yang menariknya mereka masih aktif. Masih ada album baru. Kembalinya vokalis asal, Alan Marsh menarik minat saya untuk membeli. Ternyata ianya satu pembelian yang berbaloi. Walaupun ianya bukanlah sound NWOBHM Tokyo Blade yang asal. Mereka pun dah lama berubah. Lebih komersial, lebih hard rock tetapi muzik mereka tidaklah jauh tersasar. Masih ada nilai nostalgianya. Solo-solo dan rif melodic yang menangkap. Memang sedap!

Unbroken membuktikan yang mereka tidaklah terlalu bergantung kepada kegemilangan lampau. Mereka adalah sekumpulan orang tua (­čśÇ) yang bergembira dalam membuat muzik dan terus rock n roll selagi ada tenaga.

Puas hati!




2 comments: