Sunday, May 3, 2020

Hiburan WFH - Beyond The Unknown

Sambung lagi Work From Home sehingga 12hb....


Incubus - Beyond The Unknown (1990)

Awal 90an adalah tahun yang saya sedang kemaruk dengan Sepultura. Beneath The Remains dan Arise sentiasa menjadi penanda aras kepada muzik thrash lain yang saya dengar.

Pertama kali dengar Beyond The Unknown terus rasa tertarik. Muzik dan vokalnya tak jauh dari Sepultura. Asal pun dari Brazil. Kiranya mereka lulus. Tapi tak pernah ada kasetnya. Semuanya hanya pinjaman. Banyak sangat yang nak di dengar dan nak di beli. Memang tak termampu.

Kemudiannya tak mengikuti sangat perkembangan band adik beradik Howard ni. Sehingga lah pada penghujung 90an. Tiba - tiba muncul kembali nama Incubus. Tapi agak pelik kenapa genre muziknya berlainan. Mana hilangnya thrash mereka. Rupa-rupanya Incubus tersebut adalah band yang berlainan. Padanlah alternatif rock jadinya.

Tak pasti kenapa mereka tidak mempertahankan nama Incubus. Mungkin kerana mereka hanyalah sebuah band metal underground di bawah label kecil. Tak ada kuasa nak lawan. Atau mungkin sahaja mereka yang jenis tak kisah. Tak ambik port pun. Akhirnya terpaksa tukar nama kepada Opprobrium. Tak sedap betul nama baru ni. Nak sebut pun susah...

Tapi untuk semua mat metal, memang inilah Incubus yang sebenar.



2 comments:

  1. Gila bro. Masih aktif...
    Ini album faberet aku ni. Masterpieces.
    Bila dengar Opprobrium, dah rasa mcm typical band death metal. biase biase je orang kate.

    ReplyDelete