Tuesday, May 19, 2020

Hiburan WFH - Strange Highways

Lagi hiburan sambil kerja...


Dio - Strange Highways (1993)

Jujurnya hanya dapat bertahan ke track no 4. Letih nak menghabiskan cd ni... zzzzzzzzzzz

Ingatkan selepas 20++ tahun, semakin berusia, mungkin selera akan sedikit berbeza dan mungkin juga akan boleh terima. Nampaknya saya silap. Muzik sebegini memang selama-lamanya tak akan masuk kepala.

Untuk yang tak pernah dengar Strange Highway, ianya bukanlah seperti Holy Diver atau The Last in Line atau mana-mana album-album Dio era 80an. Strange Highway muziknya lebih perlahan. Meleweh. Tiada yang laju atau up tempo. Ianya lebih gelap, berat, low key dan doomy.

Dekad 90an adalah suatu penyiksaan bagi peminat heavy metal seperti saya. Majoriti band-band kegemaran dari era 80an telah berubah mengikut peredaran zaman. Majoriti mereka menjadi alternative metal, groove dan mungkin juga grunge. Dio juga tidak terkecuali.

Memang tak boleh tahan dengan muzik sebegini. Bosan, boring dan mengantuk. Nampaknya terpaksa cari cd yang lebih laju dan lebih melodic untuk menyegarkan mata dan minda. Simpan semula dalam rak dan tak pasti bila lagi agaknya akan di pasang semula. Mungkin tak akan sampai bila-bila. 😄

Tetapi bagi yang suka doom Black Sabbath terutama era Dehumanizer. Atau yang suka muzik meleweh alternative metal, groove atau grunge 90an mungkin ianya untuk anda.

*Cd ini disimpan semata-mata kerana ianya adalah hasil kerja Ronne James Dio dan bassist kegemaran, Jeff Pilson (Dokken).



No comments:

Post a Comment