Lagi yang dah lama tak dengar tapi berpeluang mendengar kembali bila terpaksa WFH dalam PKP...
UFO - Mechanix (1982)
Tak pernah ada kaset dan tak tahu pun pasalnya ketika tahun ianya dikeluarkan. Zaman tu masih sekolah rendah dan baru nak belajar dengar muzik. Pernah dengar nama UFO tetapi yang tahu hanyalah pasal Michael Schenker. Zaman dah kenal rock pun hanya ambil tahu tentang UFO zaman beliau.
Yang betul-betul mula dengar keseluruhan discography UFO adalah pada penghujung 90an. Zaman beli cd MP3. Masa tu baru tahu yang UFO bukanlah hanya pasal Michael Schenker semata-mata. Album-album di zaman Paul Chapman pun bagus juga. Dia pun seorang gitaris yang bagus. Tetapi tanggungjawap menggantikan Michael Schenker bukanlah sesuatu yang mudah. Peminat pun susah nak terima, Ini adalah album ketiga beliau bersama UFO dan juga salah satu dari album zaman beliau yang terbaik. Memang majoriti lagu-lagunya sedap. Melodic.
Tetapi ini juga adalah album yang menjadi punca Pete Way keluar dari UFO dan menubuhkan Fastway bersama gitaris Motorhead, Eddie Clarke. Puncanya adalah kerana ada di antara lagu-lagunya menggunakan saxophone. Saya amat bersetuju dengan Pete Way. Tak rock lah guna saxophone. Bagi Pete Way, saxophone adalah untuk muzik pop. Dan dia tak minat muzik pop.
Tapi sebenarnya layan juga dengar lagu yang menggunakan saxophone tu. Terutamanya lagu The Writer dan lagu cover Eddie Cochran. Somethin' Else. Tapi itulah, ianya bukan UFO yang kita kenal dari zaman Michael Schenker. Album ini juga sudah menampakkan perubahan UFO dari 70s rock kepada hard rock dan AOR 80an.
No comments:
Post a Comment