Wednesday, October 28, 2020

Accept

Accept - Accept (1979)

Mula mencari album ini bila mendengar Therion membawakan lagu "Seawinds" sebagai lagu cover mereka dalam album Crowning of Atlantis (1999). Tak tau pula yang Accept ada lagu ballad yand sedap. Maklumlah dulu-dulu ketika penghujung 80an hanya mendengar lagu lagu berat dari album Balls to the Wall dan Metal heart sahaja. Tak sempat untuk meneroka album-album awal mereka.

Mendengar album ini seolah olah seperti mendengar album-album Scorpions zaman Uli Jon Roth. Pengaruh progresif hard rock 70annya memang pekat. Ianya memang berbeza dengan Accept yang kita kenal pada tahun 80an. Maklumlah ini adalah album pertama. Masih mencari arah. Benda yang sama juga berlaku kepada band seperti Judas Priest.

Jika anda sukakan album-album awal Scorpions mungkin anda akan suka album ini. Jika tidak, mulakan sahaja Accept anda di zaman heavy metal mereka di tahun 80an.

Untuk saya, 3 lagu pertama album ini, "Lady Lou", "Tired of me" dan terutamanya lagu "Seawinds" sudah cukup untuk menjadikan ianya penyebab kenapa album ini patut saya miliki. 



1 comment:

  1. fuyooohh kalau dapat begambar dengan chainsow dia pegang tu terus jadi heavy metal chainsow haha.. kalau ada jual album ni aku nak beli minat betul tengok kulit albumnya haha

    ReplyDelete