Wednesday, September 29, 2021

Senjutsu

 Yang ditunggu-tunggu akhirnya tiba...

Iron Maiden - Senjutsu (2021)

Dah banyak orang tulis dan kongsi gambar. Deaf pun dah tulis >SINI< Rasanya tak ada sangat lagi yang hendak di cerita. Semua orang pun dah dengar. Memang agak lambat dapat. Pre-order 23 Julai. Album keluar 3 Sep. Dapat kat tangan 26 Sep. Rasa ketinggalan juga la bila rakan-rakan dah lama dapat. Yang beli kat shopee pun masing-masing dah tayang di FB dan IG. Bila dapat dah tak rasa teruja. Lagunya pun dah berulang kali dengar di Spotify.

Dari segi gambar cover dan packagingnya memang cantik dan menarik. Selepas 2 album (TFF dan TBOS) yang pada saya kurang menarik gambar covernya, Senjutsu dengan pilihan warnanya memang nampak menyerlah. Sehinggakan anak pun nak buat video unboxing kerana suka akan gambar covernya. Memang cantik dan berbaloi dengan duit yang dikeluarkan. Kalau ada nak komplen pun rasa tak berminat dengan konsep 2 gambar cover di depan dan belakang. Agak menyusahkan bila nak menyemak tajuk lagu kerana  terpaksa membuka inlay berbanding cara biasa yang hanya perlu melihatnya di belakang.

Dari segi lagunya, Iron Maiden memang dah banyak berubah. Susah dah nak jumpa lagu-lagu yang durasinya dalam 3 hingga 5 minit (dalam Senjutsu cuma ada 2 lagu). Kalau dulu lagu-lagu seperti "Phantom Of The Opera" dan "Hallowed By Thy Name" (durasi 7 minit lebih) itu pun kita dah rasa panjang apatah lagi sekarang yang majoriti lagu-lagunya memang begitu. 

Lagu-lagu jenis epik dan progressif seperti "Rime of The Ancient Mariner", "Alexander the Great" dan "Seventh Son of a Seventh Son" dah jadi keutamaan kepada mereka. Bagi yang mahukan lagu jenis straight forward heavy metal macam contohnya "Running Free", "Run to the Hills", "The Trooper", "Aces High", "Wasted Years", "Can I Play with Madness" dan lain-lain sememangnya akan sedikit kecewa.

Saya adalah salah seorang yang mempunyai masalah dengan lagu-lagu panjang. Bukan nak kata tak bagus. Tetapi lagu-lagu begini memerlukan tumpuan dan saya biasanya akan hilang fokus di pertengahan jalan. Ianya adalah perjalanan yang agak meletihkan bila keseluruhan albumnya berkonsepkan begitu. Tambahan pula tempo lagu-lagunya agak perlahan.

Namun begitu album ini sebenarnya bagus. Dalam lagu-lagu yang panjang tersebut banyak rif dan melodinya yang boleh mengembalikan kenangan silam. Banyak yang kita rasa macam pernah dengar dan inilah Iron Maiden yang kita ingat dan suka.  Setakat ini "Stratego" dan "The Writing On The Wall" paling mudah hadam kerana sudah mendengarnya lebih awal. Lagu-lagu lainnya memerlukan pendengaran yang berulang-ulang. Mendengar keseluruhan albumnya memang memerlukan kesabaran. Makin lama dengar makin banyak yang kita jumpa. Makin sedap.

Iron Maiden bukanlah lagi sebuah band yang berat. Bagi saya kalau anda boleh hadam dengan album sebelumnya (The Book Of Soul), maka anda tidak akan ada masalah dengan Senjutsu. Tetapi kalau saya yang memegang kuasa, memang banyak la bahagian lagu-lagunya yang saya potong untuk menjadikannya lebih pendek dan muat untuk disumbatkan ke dalam satu disc cd.

Up The Irons!


7 comments:

  1. as an anime fan, cover artwork ni sungguh menarik sekali haha

    ReplyDelete
  2. 70-80% atmosphere mcm album x-factor, 40% melodi mcm final frontier.hehehe..yg lain pun ada juga pengaruh, tp kdg2 hilang fokus kalau dgr lagu pnjg.

    ReplyDelete
  3. Aku suka pulak album ni.. Paling last AMOLAD yg masuk kepala.

    ReplyDelete
  4. Muamar, Matakucing... lain orang lain selera...kalau baca kat FB,IG Forum memang macam2 komen

    ReplyDelete