Monday, September 20, 2021

The Outer Limits

lagi pendengaran secara rawak ketika bekerja dari rumah.... 

Voivod - The Outer Limits (1993)

Jujurnya saya tidak pernah mendengar album ini ketika tahun ianya dikeluarkan. Entah kenapa Voivod secara tiba-tiba hilang dari perhatian. Padahal saya cukup suka dengan album mereka sebelumnya (Angel Rat - 1991). Mungkin juga kerana pada ketika itu saya yang sudah mula bekerja tetap dan hanya berkawan dengan kawan-kawan sepejabat yang bukan kaki metal. Ianya menyebabkan pendengaran muzik metal saya agak terbantut. Tiada lagi kawan-kawan sekepala seperti zaman belajar untuk dipinjam kaset-kaset mereka. Apa yang ada di radio, apa yang popular, apa yang mudah didapati di kedai, itu sahajalah yang di dengar.

The Outer Limits masih dalan paksi yang sama dengan Angel Rat. Masih meneruskan lagu-lagu yang avant-garde, progressif dan psychedelic. Kalau berbeza pun, ada lagu-lagunya yang mempunyai sound metal/thrash berbanding Angel Rat lebih terarah kepada sound rock yang lebih ringan. Pengaruh Rush dan Pink Floyd masih kuat. Lagu bertajuk "Jack Luminous" panjangnya sehingga 17minit lebih. Malah mereka merakamkan semula lagu "The Nile Song" dari Pink Flyod.

Ini adalah album pertama mereka tanpa pemain bass asal Blacky. Secara keseluruhannya memang catchy dan sedap. Tetapi atas nilai sentimental, saya meletakkan Angel Rat di kedudukan pertama untuk era progressif rock mereka. Tak kisahlah walaupun Angel Rat bukan dalam kategori thrash mahupun metal.

Khabarnya album ini baru sahaja diterbitkan semula dalam bentuk piring hitam. Saya tak mencari. Tetapi kalau terjumpa harus juga tergoda...


1 comment: