Friday, April 8, 2011

Streets A Rock Opera

Satu lagi album kegemaran aku bagi tahun 1991...album dari Savatage - Streets A Rock Opera



Tapi aku tak berpeluang nak dengar sepenuhnya album ni masa tahun 1991 tu...tak der jual kat Malaysia...seingat aku beli cd ni saing2 ngan album Handful Of Rain kat kedai Padil Muzik Box...zaman kedai dia kat Kotaraya dulu tu...tahun bila ntah...lupa dah...harga RM45...sekarang kalau nasib baik kat ebay boleh jauh lebih murah dari tu...

Aku tau rasanya tak ramai yang tau pasal Savatage...tapi dorang ni sememangnya salah satu band kegemaran aku...kira aku die hard jugak la...terutama zaman2 mendiang Criss Oliva...boleh check cerita aku pasal Savatage kat >SINI<

Ini adalah album ke 7 dorang...dan yang pertama secara konsep album...nengok tajuk pun dah boleh tau apa arah tuju album ni kan...ini kesinambungan selepas mereka berevolusi dari tradisional heavy metal ke arah progressif/rock opera semasa album Gutter Ballet...

Selepas Queensrÿche dengan "Operation Mindcrime" nya...Streets adalah konsep album yang paling aku suka pada masa tu...sayangnya selepas era 80an...Queensrÿche menjadi semakin komersil tetapi tidak bagi Savatage...album2 konsep mereka di tahun2 90an seperti Dead Winter Dead dan The Wake of Magellan memang best...



Idea asal Savatage untuk menerbitkan album konsep sebegini datangnya dari skrip persembahan pentas produser mereka Paul O'Neill...Jon berkenan ngan ceritanya yang secara tak langsung ada sikit2 macam kisah dia...hasilnya terbit la album ni...cerita yang simple tapi menarik...kisah pasal drug dealer yang jadi rockstar yang akhir hidup melarat pasal dadah...ceritanya biasa2 ajer la kan...tapi susunan muziknya...memang awesome la..

Ini jugak merupakan album last Jon menyanyi bersama Savatage sebelum kembali 12 tahun kemudiannya bersama album Poets And Madmen...yang menariknya Jon ni bukan pasal suaranya ajer...tapi bab piano dia tu...pasal piano Jon dalam lagu2 Savatage la menyebabkan aku boleh terima piano dalam lagu2 metal...try layan lagu "A little too far"...lagu ala2 Elton John ni memang menyusuk kalbu...

Streets memang menonjolkan kehebatan piano Jon tapi rif2 dan solo2 gitar Criss masih tetap menjadi tulang belakang dan kekuatan album ni...maybe aku bias...tapi aku memang giler suka solo2 Criss...pure emotional dan breath-taking metal dalam satu album...



Semua lagu pun best...aku suka...tapi bukan macam album2 progresif biasa...ada lagu yang agak heavy...tapi biasalah konsep album...kena dengar sambil baca lirik baru best...baru menghayati...memang rekomended album...tapi off course la...korang mesti boleh terima idea konsep rock opera dulu...baru la boleh enjoy dengar muzik camgini...

8 comments:

  1. Savatage ni antara band rock yang paling underrated. Album dia semua heavy in emotion.

    ReplyDelete
  2. aduhhh Savatage ni aku tau lagu Edge Of Torn je....

    kat Malaysia ada ke konsep album eh?

    rasanya macam belum ada kan? ke aku yang ketinggalan zaman.

    ReplyDelete
  3. jon oliva apa jadi eh badan dia

    aku tengah tunggu deluxe edition Gutter Ballet... mesti bestgiler

    ReplyDelete
  4. MM...setuju.

    Semut...ok jek tq.

    Portdy...Metalasia ada buat..album Silantra..artis lain x sure pulak aku..

    Deaf...jon mmg dah XXL...haha...tp penting suara menten...

    deluxe edition tu mmg wish list aku selain Still the orchestra plays..

    ReplyDelete
  5. Tanda harga pun pakai lekat yang kat kedai runcit punya.Parking sebelah tepungke? Hehehehehe

    ReplyDelete
  6. Shafid....hahaha...biasa la kedai kecik...member2 punya...tu pun KDN kacau...

    ReplyDelete
  7. nasib sini takde komen karangan....

    ReplyDelete