Seingat aku sebelum tahun 1991...memang tak pernah dengar pun nama band FTG dalam underground scene tempatan...walaupun aku bukanlah sesaorang yang terlibat secara langsung....aku hanyalah orang luar yang mendengar demo dan membaca fanzine2 tempatan...memang tak pernah dengar pun FTG ni...tetiba jer muncul kaset EP ni...
Boleh dikatakan mereka ni la band thrash pertama di Malaysia yang muncul dengan kaset yang diedarkan secara mainstream...mungkin ada yang kata Saxo dulu...tapi Saxo bukan 100% thrash pun...manakala Cromok pulak bukan dari Malaysia...Image Of Purity tu demo dorang masa kat Australia...so sememangnya EP Freedom That's Gone dari FTG ni la yang pertama bagi kategori muzik extreme ni..
FTG ni kononnya bermaksud "F**k The Government"...setidak2nya itulah yang aku baca dari interview dorang dulu2...tapi tak kan la nak letak tajuk camgitu kan...ni mainstream punya rilisan...so dorang ubah jadi Freedom That's Gone...yang mungkin maksudnya kebebasan berkarya yang disekat terutamanya untuk muzik extreme la kot..
Seingat aku dulu budak2 underground zaman tu mengangap FTG ni sebagai orang luar..sama kes macam Cromok la...standard la tu...dari dulu sampai sekarang...muzik keras yang kononnya tak der rules ni pun ada kronisme...hahaha...
Masa tu apa yang aku tau Mie bassist dia tu adalah bekas ahli band rock 80an Wizards (ada keluar satu album...aku lupa dah tajuk dia...kalau tak silap Ajin Black Rose pun asal band ni...)...yang lain2 tu memang tak pernah tau...dengar ceritanya dorang ni sessionist...tu ajer la info yang aku tau pasal dorang time tu...
Ep ni ni ada 4 lagu ajer...semua pun buat sendiri...tapi ntah la...aku sering teringat2 riff2 album DRI Thrash Zone bila dengar Ep ni...sayangnya productionnya bukan lah pada tahap yang terbaik...kalau la Ep ni di remaster semula dan dikeluarkan dalam bentuk cd...alangkah bagusnya...cuma ada 2 lagu dari album ni yang boleh didengar dalam cd Best Of FTG...lagu Freedom That's Gone dan Kill The Evil...katanya versi live...tapi aku tak rasa itu versi live pun...bunyi sebijik jer macam EP ni...tampal jer bunyi crowd...lawak pulak bunyinya...naper la tak bubuh semua lagu kan...
Kalau korang nak tau jugak...2 lagu dorang...Kill The Evil dan Behind This Wall siap masuk muzik2 TV3 lagi...jangan main2...thrash lagu orang putih pun boleh masuk tv ooo...dulu aku siap ada rakam kedua2nya...sayang aku tak sure kemana ntah perginya tape video aku tu...masih teringat2 video clip Behind This Wall kat lorong gelap siap ada tong berapi tu kan dan Kill The Evil pengacara Muzik2 zaman tu Ferry Anugerah Makmur perkenalkan sebagai lagu Nak Bunuh Setan....hehehe...iskh...TV3 patut keluarkan balik la rakaman Muzik2 lama2 ni...
Apa2 pun terimakasih la pada sorang hamba Allah yang dengan rajinnya mengupload lagu2 dari EP ni ke youtube...lagu favourite aku dah semestinya Behind This Wall...kira Fade To Black acuan Malaysia la ni....so layan jer la...
Sebenarnya selepas dari EP ni..aku agak kurang mengikuti album2 seterusnya dari FTG...kerana aku agak kurang berminat dengan arah muzik mereka selepas dari EP ni....apa2 pun Al-fatihah buat saudara Bard bekas vocalist FTG untuk EP ni...
****satu yang aku tak leh lupa pasal EP ni ialah masa aku kat ITM dulu...tulisan logo Freedom That's Gone ni lah yang aku gunakan sebagai poster dalam kempen2 pilihanraya untuk pemilihan ketua pelajar yang mana kawan aku bertanding...aku ditugaskan buat poster....so mana boleh lari dari imej thrash la kan...hahaha...memang tak leh lupa setiap malam tampal poster dan lawatan bilik ker bilik semasa tempoh berkempen...nasib bilik siswi tak leh masuk...huhu...dan kita orang menang besar piliharaya tu...jangan ingat thrasher tak pandai berkempen tau...hahaha.
aku sebagai aktivis underground zaman tu, menyepak saja kaset FTG ni ;)
ReplyDeleteencik Berteromber,
ReplyDeletelu menang kempen dulu bukan guna wajah tampan lu ke untuk memancing undi para siswi... hehehe...
Berteromber, dah tercerita pasal Saxo, agak2 bila nak punggah and review pasal album Pancarkala di Cakerawala?
ReplyDeleteBtw, Selamat Menyambut Bulan Ramadhan...
After the Promise ngan Spirit to Rebel dalam list aku untuk cd ftg. Spirit to rebel ada tapi After the promise belum jumpa. Agaknya x kot
ReplyDeleteTgh cari spirit to rebel
Delete"muzik keras yang kononnya tak der rules ni pun ada kronisme"
ReplyDeleteni ayat akan termasuk dalam sejarah ayat2 paling best dalam blog2 cerita pasal rock
Abg Ben...aku dah agak dah..:p
ReplyDeleteEddie...gua bukan lah org yg suka mengambil kesempatan...muahahaha...
F&A...pancakara di cakrawala?..hmmm...rasanya aku masih simpan kot kaset ni...nanti la aku kembur gobok...
mhagnoth...aku cuma ada cd best of dan made in malaysia ajer ftg ni...lain2 tu bukan priority..
Deaf...hahaha...
sapa nama vokalis FTg sekarang ni? Tajul eh?
ReplyDeleteSuara dia nyanyi lagu "Changes" Black Sabbath sedap la pulak..
Portdy...dia bawak Pink Floyd Wish You Were Here dan Hey You pun gerek seh...
ReplyDeletejack FTG pernah menulis pasal gitar dalam majalah G3 pada taun 2005/06 dulu. memang oldskool sungguh gaya penulisannya.
ReplyDelete