
Mencari2 di internet terjumpa pulak youtube Search live kat panggung anniversary.Dulu masa thn 86..masa program ni keluar kat TV3...aku ada rakaman konsert ni dlm bentuk VHS...sayangnya aku pun tak tau mana dah peginya tape VHS tu..sayang betul...
Search ni memang banyak nostagia untuk aku..Album Cinta Buatan Malaysia memang benar2 telah megubah hidup aku...dari seorang budak yang dulunya peminat tegar Duran Duran dan A-ha..aku telah berubah menjadi seorang peminat Rock..Sebelum ni bukan aku tak pernah dengar lagu rock..lagu2 Scorpions,Deep Purple,Rainbow,Uriah Heep,Bad Company dll 70's rock (kebanyakan Pak Alang aku punya) memang kecik2 lagi aku dah dengar..tapi zaman tu mungkin aku kecik2 lagi kot...belum into muzik sangat...lebih pada nak main dan berkubang kat paya je..tapi tahun 85 tu...dengan keluarnya Search memang telah merubah hidup aku...
(Seingat aku ini adalah kali ke3 aku beli album ni..1st tahun 85..kaset cetak rompak..pastu kaset original dan ke3nya beberapa tahun lepas bila keluar versi cd ni)Tahun 85 tu aku di tingkatan 2…(dah tua aku kan.. :P) Search telah mengubah segala2nya…dari segi pakaian dan stail rambut..semua nak rock…seluar sekolah pun aku alter jadi fit ngam2 kaki (kat sekolah aku gelar seluar ni seluar Search)..dan kasut high cut warrior jadi pilihan…dan aku mula dengar band rock omputeh..start dari 2 minutes to midnight Iron Maiden (pinjam kaset lagu2 campur jiran aku) dan terus aku demam band2 rock/heavy metal omputeh antaranya Motley Crue,Twisted Sister,Dokken,Loudness,Bon Jovi dan juga band2 macam Malmsteen,Dio,Ozzy,Def Leppard,Saxon dan semestinya Iron Maiden la...dan terimakasih la pada tokey kaset Apache..anda memang banyak membantu...haha..
Selepas tahun 88…aku mula minat yang lebih heavy...thrash…the big four Metallica,Megadeth,Slayer,Anthrax…dan kemudiannya Sepultura,Kreator,Sodom dll dan lepas tu timbul pulak death metal…aku mula stop dengar/beli rock melayu…aku mula stop dengar Search…terutamanya selepas album Fenomena…bila Hillary keluar…Kid masuk...aku mula hilang minat...Kid Gersang???...arhhh...tak masuk arr...tambah pulak lepas tu dah keluar trend rock leleh tu semua...mmg aku tak follow la..(3 je band melayu aku follow terus...Rusty Blade, Belantara dan skit2 Wings...)
(3 album terawal Search telah mengubah taste muzik aku dari Duran Duran ke Heavy Metal :P)Tapi masa pertengahan hingga hujung 90an..aku mula bosan ngan trend zaman tu…glam metal mati…heavy metal hilang..thrash lenyap…death metal tenggelam…timbul pulak grunge dan black metal…sorry aku tak minat grunge..grunge kill gitar hero (but they failed..hehe..)…bosan …black metal pun bosan….aku dah tua untuk tunjuk sapa tr00 sapa lebih setan...bosan...bosan...aku mula tinggalkan metal...tambah pulak zaman tu aku tgh bercintan...hahaha...layan Soul Asylum ngan Collective Soul lagi best....time tu aku mula beli balik album2 Search yang aku tertinggal..
Ternyata…bagus jugak Kid ni…album2 macam Karisma,Rampage,Rock N Roll Pie memang bagus…menjadi album2 favourite aku…disamping 3 album awal dorang…sayangnya album terbaru dorang kurang best la bagi aku…banyak sangat pengaruh Edrie Hashim dlm tu…hilang dah identiti Search..sayang bakat Hillary dibazirkan...dan Din Mayat takder?..Search tak akan best tanpa Din Mayat...betul...
(album2 Search yg berjaya aku kumpul sejak beberapa tahun lepas...album baru aku skip dan Selepas Banjir aku jual balik..tu bukan Search la..Seperti yang aku kata tadi...inilah konsert klasik Search yang aku terjumpa di youtube..kenangan mengusik jiwa betul...
Lagu 2 minutes to midnight dan Search mmg banyak nostalgia untuk aku..perhatikan Din Mayat menyolo dalam lagu ni..bukan senang nak tengok dia menyolo...lawa siut gitar Din tu..zaman tu popular betul corak matahari loudness ni..
Isi dan kulit versi Hillary...sapa best? terpulang masing2 la...
Lagu joget..kalau korang perasan...band rock dulu2 mmg terer bawak lagu joget...biasa la..lagu band orang kahwin kan...
Cover Loudness - Heavy Chains...walaupun ntahapa2 lirik yg disebut Amy...(kalah kamikaze english Niihara)tapi..ok la tu...janji rock...hahaha...
terimakasih pada En. MatRock69(www.mymalaya.co.cc)kerana menguploadnya di youtube.
dan terimakasih Search....aku akan rock sampai tua....hehehe...











