Sunday, April 18, 2010

Merah...bukan biru

Man City 0

Man Utd 1
Scholes (92)

17 April 2010, Eastlands
Premier League


Kepada Encik Carlos Tevez...rasanya anda telah sedar kaler sebenar di Manchester...semoga jiran yang bising tak akan bising lagi...heheh...




Sekali lagi kita membuktikan...it aint over till it's over...tambah happy...bila dengar berita tersungkurnya satu lagi kelab kaler biru...sorry beb...merah adalah kalernya....

Tinggal 3 game...satu point...pergh...season yang paling sengit....

Wednesday, April 14, 2010

Love Kills

Ada 2 perkara yang tetiba tergerak hati nak buat entry pasal lagu Love Kills dari Vinnie Vincent Invasion ni..pertamanya ternampak lagu ni kat Zan punya FB beberapa minggu yang lalu...pastu jalan kat depan opis aku ni ternampak pulak gezet movie A Nightmare On Elm Street...movie remake kot...coming soon bulan May nanti...makin kuat la ingatan aku kat lagu ni...salah satu lagu slow berhantu yang memang aku tersangat minat pada zaman2 penghujung 80an dulu...



Kenapa dengan A Nightmare On Elm Street?...pasal lagu Love Kills ni terdapat dalam soundtrack cerita tu...kalau tak silap Nightmare 4 : The Dream Master tahun 1988 dulu...memang aku kenal lagu ni pun melalui filem ni... kebetulan tertengok pulak video clip dia kat TV5 Singapore...terus minat...ada satu lagi lagu dari siri filem Nightmare ni yang aku suka...Dokken Dream Warriors...tu Nightmare 3 kalau tak silap...

Kecik2 dulu siri filem Nightmare ni memang kegemaran aku...dedulu rasa takut jer nengok citer ni...seram aku nengok Freddy Krueger tu...walaupun setiap kali Freddy keluar...mesti aku terbayang watak pelakon dia Robert Englund dalam siri tv sains fiction popular 80an "V" yang makan tikus tu...macam lawak pulak...tapi ntah la...sekarang ni...tak der la pulak perasaan takut nengok cerita ni...

Berbalik pada lagu Love Kills...Siapa Vinnie Vincent ni?...kalau korang peminat KISS tentu korang tau...dengan watak Ankh Warrior...pengganti Ace Frehley masa album Creatures Of The Night dan Lick It Up...memang aku kenal dia masa zaman KISS...tapi lepas kena tendang dari KISS...terus senyap tak dengar berita...sehingga aku dengar lagu Love Kills...


suka aku tengok gitar jackson cabang 4 dia ni...model apa ni ek?

Tapi Vinnie Vincet ni bukan lah salah seorang gitar hero aku...walaupun boleh tahan dasat jugak permainan dia...tapi yang lebih buat aku tertarik kat lagu ni selain melodi dia yang memang membunuh tu...adalah vocalist yang nyanyi lagu ni...sapa lagi kalau bukan Mark Slaughter...sesapa yang tak minat vocal suara halus ni mungkin tak suka vocal macam gini...tapi dia punya vokal bab high pitch tu memang dasat...tinggi oo..aku tak reti bab teknikal ni...tapi ikut wiki tulis "His vocal range without falsetto spans from the low C, or C2, up to the D above soprano C, or D6"...er tu tinggi ker apa tu...

Dan buat sapa2 yang tak tau...Mark Slaughter tu la vocalist kumpulan Slaughter yang popular sekitar tahun2 awal 90an dulu dengan lagu2 hits macam Up All Night,Fly To The Angels, Real Love (video clip ni featuring Shannen Doherty...nyum..nyumm)...sebenonya lepas gaduh ngan Vinnie Vincent...Mark Slaughter dan Dana Strum(bass) belah dari VVI ni dah tubuhkan Slaughter..


L-R Bobby Rock,Mark Slaughter,Vinnie Vincent dan Dana Strum

Apa2 pun memang feeling ahh lagu ni...sesuai untuk yang tengah bercintan...antara lagu2 yang jadi modal dubbing kat kaset...bagi kat awek..huhu.


ntah bila kalau rajin nanti aku review la kaset Vinnie Vincent Invasion ni...kaset ni dulu beli kat Komtar JB memang semata2 pasal lagu Love Kills ni...masa test kaset ni...memang aku suh mamat kedai tu fwd bukak lagu Love Kills...pastu ada pulak satu brader datang kat aku tanya kaset apa dan terminat lagu ni padahal tu baru 1st time dia dengar dan berhajat nak beli jugak...kebetulan mmg tu ajer la satu2nya stok yang ada...tak abis2 sampai aku nak keluar kedai pun dia ngendeng aku nak kaset tu...hehe


So long since I've waited
To live again
You've brought my world to an end
Love takes its victim and leaves its remains
My broken heart has died in vain
Tell me why have we forsaken the dreams we had
The pain makes it so hard to understand
You're a lifetime ago but a memory away
And I'll love you till my resurrection day

Love kills the fire's gone
Dying embers still remain
Love kills and now you're gone
Girl, I'll never be the same again

Without your love, seems so dead and unreal
And now there's nothing left to feel
Someday we'll meet again--girl that much I know
At heaven's gate we'll say hello
Now I hear the wind is calling my lonely,
Lonely soul
For sorrow's trembling hands please let me go
Love's dying sin is just dust in the wind
I face the other side of no tomorrow

Love kills the fire's gone
Dying ember still remains
Love kills and now you're
gone--Girl I'll never be the same
Love kills and love is just a dying ember in the rain
Love kills a heart betrayed--Lord please, please--
Please ease my pain--love
kills--girl I need your love
Love kills with all its heart


song/lyric : Vinnie Vincet

Monday, April 12, 2010

Febians

Sambung lagi kisah dari entry Juara Juara Rock…selepas yang jadi juara MAY…kali ni yang naib juara pulak…Febians…atau dulunya D’Febians…ntah kenapa dorang tukar nama aku pun tak tau..



Album ni juga diterbitkan pada tahun 1988…tapi bukan oleh syarikat Warnada yang menerbitkan album Juara Juara Rock dan MAY tu…tapi oleh label ASP…label yang sama terbitkan album Wings…tak tau kenapa dorang tukar label…dapat offer lebih kot..

Seingat aku bukan aku yang beli kaset ni..ntah macamana boleh ada dalam simpanan aku…mungkin adik pompuan aku yang punya…maklum la masa zaman2 penghujung 1988 tu…zaman yang aku dah tak berapa follow rock melayu…tu jam aku dah kurang beli kaset rock melayu…seingat aku dulu…dalam banyak2 band dari Juara Juara Rock yang buat album solo…album Febians ni la yang paling last keluar dan aku tak berapa suka…pasal apa…aku harapkan dorang keluarkan satu album yang heavy…maklum la dorang cilok riffing Creeping Death kat lagu Peperangan (JJR1) kan…so aku expect mesti lagu2 dorang ala2 Metallica punya…tapi apa yang berlaku…sedikit mengecewakan…



Banyak lagu2 slow dalam album ni….lirik pun banyak cintan…rasanya lagu paling diketahui ramai lagu slow Untukmu Sayang...selain tu..ada Keinsafan,Sandiwara Cinta,Kesetian,Kesepian...dah berapa tu lagu slow...tambah pulak lagu slow yang ada part2 heavy...Satu Penentuan dan Perpisahan Tanpa Rela...gila banyak lagu slow...tapi dalam banyak2 tu aku suka gak la dengan lagu Satu Penentuan...suka part Nasha tarik suara part chorus tu...rabak beb...

Aku takder masalah dengan lagu2 heavy dalam album ni...Pesanan Ikhlas, Renungan Mata Mu dan Hidup Satu Perjuangan...boleh la...solo pun dasat...sebenarnya dah lama tak dengar album ni...tapi untuk buat entry ni aku dengar balik...ternyata masa pertama kali dengar 22 tahun dulu...zaman aku tengah gila thrash...aku tak suka album ni...tak sekarang ni...boleh la...



Sebenarnya aku tau pasal Febians ni sebelum era Juara Juara Rock lagi..tu jam kat JB…nama dorang antara yang popular selain Lefhanded…majlis2 kawin nama dorang memang top la…ada sekali kerja kawin kat kampung aku panggil Febians ni main…tapi aku dah lupa arr lagu2 apa dorang main…dah lama la kan…

Tapi satu yang aku tabik….zaman tu…banyak band2 yang berani buat lagu sendiri termasuk la Febians ni…majoriti lagu2nya dicipta sendiri oleh Nasha…boleh tahan jugak lagu2 ciptaan dia…tapi tak sure pulak zaman Amuk adakah dia masih mencipta lagu..tapi yang pastinya aku lebih suka cara vokal dia di zaman Amuk berbanding suara halus zaman Febians ni…

Tak banyak info yang boleh dicari pasal Febians ni….seingat aku gitaris dia nama Aziz dan Yan…Aziz yang ada misai tu kan…yang banyak menyolo..kalau aku tak silap la..ingat2 lupa la…aku suka gitaris dorang ni…bagus…tapi sayangnya aku pun tak follow dorang selepas album ni…so aku tak tau apa jadi kat dorang sekarang…



Apa yang pasti…kalau teringat Febians ataupun Amuk ni… mesti aku teringat zaman2 Nasha ni jaga kedai kaset kat Komtar, Jb dulu…sentiasa tersenyum dan ramah jer orangnya…tapi tu jam aku belum lagi jadi regular customer kat situ…(zaman selepas dia baru aku regular…masa tu kedai tu guna nama Climex Gedung Muzik kalau tak silap...) so aku tak rasa dia ingat aku…hehehe…

Thursday, April 8, 2010

Menang yang tak menang..

Man Utd 3
Gibson (3), Nani (7, 41)
Bayern Munich 2
Olic (43), Robben (74)
7 April 2010, Old Trafford
Champion League Quater Final 2nd leg

Aku lambat update entry ni pasal aku tak tau nak tulis apa...sikit frust la pasal kita main bagus semalam...tapi tu la....adakalanya shit happens...memang kad merah Rafael mengubah segalanya...takder luck...takper la...there's always next year...


takder sapa nak marah Rafael pun...bak kata Fletcher "He's young and he'll learn from it. He's got a great future ahead of him and he's going to be a great player and a big asset for Manchester United.He'll bounce back, he's a strong character."

nampaknya selepas 5 tahun berturut2...tiada team dari England yang akan ke final...blessing in disguise kot...now semua team boleh kosentret balance 5 games BPL...oppss...lupa...Chelsea ada game FA Cup...distraction tu...macam petanda jer...hehehe...

Tuesday, April 6, 2010

Killers

Album ke2 dalam siri tribute Iron Maiden aku adalah jugak merupakan album ke2 dorang bertajuk Killers…



walaupun album ni diterbitkan pada tahun 1981…tapi aku cuma berpeluang memilikinya hanya pada tahun 1987…maklum la…aku betul2 mula minat rock masa tahun 86…sebelum tu dah dengar2 jugak…dah minat jugak…tapi masih tak tinggal Duran Duran lagi…dan belum pandai nak beli kaset sendiri lagi…harap abang aku punya jer…tambahan pulak zaman tu mana nak cari kaset2 metal ni kan…bermula tahun 86,87 baru melambak2 kaset pirate keluaran Apache…time tu kalau gi kedai kaset memang rambang biji mata tengok dereten kaset2 apache ni…tu jam memang giler hari2 tak makan simpan duit sekolah semata2 nak beli kaset2 tu semua…

walaupun takder kasetnya…tapi aku dah dengar jugak la keseluruhan album masa zaman kecoh2 Lefthanded dengan Debunga Wangi masa zaman Battle Of The Band cilok solo lagu Prodigal Son tu…ada seorang member sekelas aku yang ada kaset ori Killers ni bawak gi sekolah…so ramai2 la dengar lagu Prodigal Son ni guna walkman…time tu la aku merasa dengar full album Killers ni..



tapi yang betul2 aku mula tau pasal Killers masa tahun 82 la..ada sorang budak kampung aku ni…tu jam aku tengah giler BMX…budak ni setiap kali bawak BMX mesti pakai t-shirt hitam gambar cover album Killers ni…suka aku tengok gambo hantu pegang kapak tu…tu jam mana tau lagi hantu tu namanya Eddie…itulah pertama kali aku tau pasal Iron Maiden…lagu2nya pun tak pernah dengar….geng2 BMX aku pun bukan panggil Iron…tapi Iran Maiden…hehehe..




Standard la...album2 lama ni mesti cover sekeping lipat 2 ajer...lirik pun takder...

Tapi kawan aku tu bukan mat rock pun…sepupu dia yang kat Spore tu yang rocker…aku rasa dia la orang pertama yg ada tshirt Maiden kat kampung aku atau mungkin JB kot…kesana kemari dia pakai…jeles jer aku nengok…nasib zaman tu aku masih giler Duran Duran…dah tak pernah dengar pun lagu maiden tu macamana…kalau tak maunya aku suh mak aku belikan tshirt camgitu…tapi dari dia la banyak jugak aku dapat pinjam kaset2 rock sepupu dia..KISS, Earthshaker, Deep Purple, Scorpions dll…tu jam kaset2 rock camgini kat Spore senang dapat…betul tak Deaf?

Tapi zaman2 tu…aku tak tau pun Killers ni vocalistnya Paul Di'Anno…iyer la zaman2 aku celik Maiden dah Bruce Dickinson dah…padan la lain jer bunyinya…apa2 pun walaupun lambat beli album ni…tapi lagu2 macam Wrathchild,Killers dan Purgatory aku dah biasa layan dah…pasal dulu aku ada kaset pirate kompilasi yang ada lagu2 dari zaman 1st album sampai Piece of Minds.

Walaupun Killers bukanlah antara favourite album Maiden aku tapi banyak jugak la lagu dari album ni yang aku suka..antaranya Wrathchild,Killers,Purgatory, Murders In The Rue Morgue dan Prodigal Son …cd version ni aku beli pada Julai 1998...di Muzika Kotaraya, JB...dulu kan ada keluar semua 10 album Iron Maiden dari 1st album sampai Fear Of The Dark dengan edisi picture disc plus bonus cd...kononnya nak kumpul semua...tapi tak larat nak beli sekaligus..beli sikit2 sebulan satu...tapi tak berjaya la pulak...banyak tajuk yang gagal aku jumpa...Killers adalah salah satu yang berjaya aku beli...zaman tu pulak dah dapat anak satu...konon2nya nak pencen dah beli kaset/cd ni...so takder la aku beriya2 cari...rupa2nya tak pencen2 pun sampai sekarang...heheh..


antara yang sepecialnya rilisan ini adalah pasal bonus cd ni....

kesimpulannya...kalau Somewhere In Time...album paling aku suka...Killers pulak adalah yang pertama yang buat aku tau pasal kewujudan Iron Maiden...walaupun tu jam tak pernah dengar pun lagu2 dorang...

Saturday, April 3, 2010

Clash Of The Titans

Man Utd 1
Macheda (80)
Chelsea 2
Cole (19), Drogba (78)

3 April 2010, Old Trafford
Premier League

Cakap banyak pun tak guna...Chelsea dominated the 1st half...tapi we played the better football in the 2nd half....kita berhak sekurang kurangnya seri...tapi ada masanya nasib memang tak menyebelahi kita...giler terang dan nyata Drogba offside...kang aku cakap lebih kang kata tak leh terima kekalahan pulak...rilek arr...tak der sapa menang league title dengan belen 5 game lagi...

Tapi yang bestnya...welcome back Kiko Macheda...harap2 SAF akan bagi dia lebih peluang lepas ni...

apa2 pun...Bring on Bayern Munich!!!!kita masih ada champion league beb.

Thursday, April 1, 2010

Somewhere In Time

Sementara nak nunggu The Final Frontier...Ijau dah start buat...aku pun ingat nak buat sikit tribute kat Iron Maiden…kalau rajin nanti aku review satu2 cd2 Iron Maiden yang aku ada…bukan banyak pun..takat yang studio album jer la…bukan nak review secara teknikal…tapi lebih kepada cerita2 personal aku disebalik cd2 tersebut.



Aku mulakan dengan cd ni…Somewhere In Time…Ini adalah album dorang yang paling aku minat sekali…bagi aku semua lagu dalam album ni best….tambah pulak kerana inilah album penuh Iron Maiden yg pertama aku beli (thn 86 kalau tak silap…kaset pirate…tapi seingat aku bukan brand Apache…tapi Rock World…satu lagi brand kaset pirate yang banyak riliskan kaset2 rock tapi tak sehebat dan seglamer Apache...rasanya dorang lagi awal dari Apache kot...) sebelum tu time zaman2 1st album sampai Powerslave aku cuma ada best of ajer..dan selepas Somewhere In Time ni la baru aku mula mengumpul semula album2 sebelum tu…dan mungkin masa thn 86 tu.. time aku baru form 3...time bebudak baru nak naik la kan...time kalau dengar sesatu kaset tu...dengar ulang2 sampai naik hafal semua lirik...tu yang jadi minat giler kat album ni...satu2nya album Iron Maiden yg aku hafal setiap lagu2nya..walaupun zaman tu beli kaset pirate ajer dan takder lirik...

Memang banyak kenangan la album ni…tambahan pulak tahun 1986 tu adalah tahun aku betul2 tinggalkan band2 pop new wave macam Duran Duran A-ha tu semua…tahun yang aku betul2 transform jadi mat rock..maka album Somewhere In Time ni memang kena pada masanya…



Lagu pertama Iron Maiden yang aku tengok video clipnya jugak adalah dari album ni…masa tu ada jual tape VHS Kerrang Compilation...dalamnya ada video clip Stranger In A Strange Land..sampai naik haus video tape tu aku ulang2 lagu tu...iyer la zaman tu bukan senang nak tengok video clip ker konsert ker...mana ada youtube kan...tu la 1st time tengok Iron Maiden yg bergerak...sebelum tu tengok gambo statik ajer...

Dan tak lupa jugak la...masa tahun 1988 dulu…zaman2 aku ada band…konon2 nak jadi rockstar...Restoran Mohd Ali Ulu Tiram la tempat kita orang lepak2 minum teh tarik lepas jamming kat Sahara Studio (dan lenyap dah pun studio ni) sambil berulang2 kali main lagu Wasted Years kat mesin jukebox restoran tu...sekurang2 pun 3 kali ulang..sekali main 20 sen ker 50 sen...dah lupa ahh..bingit je telinga orang2 yg tgh makan kat situ...ada lagi ke tak mesin jukebox kat restoran tu waallahualam...lama dah tak singgah...buat pengetahuan korang...restoran ni memang masih ujud sampai sekarang kat pekan Ulu Tiram.



Album ni rasanya dah 3 kali aku beli...1st zaman pirate dulu...dah hilang..2nd...zaman masa aku kat ITM...beli kaset ori...ni pun hilang...dan 3rd...masa aku dah kerja...upgrade jadi cd ...kekadang terasa macam nak beli semua versi..enhanced..first 10 year..japanese pressing, singles dan lain2 tapi malang sungguh aku tak kaya...heheh..

Dulu masa aku baru2 dapat kerja...tahun 95..antara duit gaji awal aku adalah beli set mini hi-fi yang ada cd player...dan cd yg pertama aku beli adalah cd ni...memang aku nak cd pertama aku mesti Somewhere In Time…satu JB aku cari tak jumpa...last2 aku kirim kat mamat yang jaga kedai Muzika Kotaraya tu beli kat Singapore...sapa ntah nama mamat yang putih2 muka budak baik yang jaga kedai tu...aku dah lupa ahh..kedai dia pun dah tak der dah sekarang...terimakasih la pada dia...cd aku ni made in USA...1st pressing kot...ntah..aku tak pakar dalam bab ni...



Album ni sampai sekarang pun sekali sekala...mesti aku bukak punya...tak pernah jemu...dan kalau nak pilih satu lagu paling best dari album ni...susah jugak la...semua aku suka...tapi kalau terpaksa pilih...mungkin Wasted Years kot...

Fuh..panjang lebar cerita aku pasal album ni...maklum la album favourite...bukan takat fav. Iron Maiden album ajer...mungkin aku punya all time fav. kot....apa2 pun album ni memang best...tak kisah la berapa banyak lagi Iron Maiden nak buat album...macamana best sekali pun...Somewhere In Time akan tetap menjadi pojaan hati ku.

Tengok videoclip ni memang teringat la zaman2 guna tape VHS dulu...layannn...