Tuesday, April 6, 2010

Killers

Album ke2 dalam siri tribute Iron Maiden aku adalah jugak merupakan album ke2 dorang bertajuk Killers…



walaupun album ni diterbitkan pada tahun 1981…tapi aku cuma berpeluang memilikinya hanya pada tahun 1987…maklum la…aku betul2 mula minat rock masa tahun 86…sebelum tu dah dengar2 jugak…dah minat jugak…tapi masih tak tinggal Duran Duran lagi…dan belum pandai nak beli kaset sendiri lagi…harap abang aku punya jer…tambahan pulak zaman tu mana nak cari kaset2 metal ni kan…bermula tahun 86,87 baru melambak2 kaset pirate keluaran Apache…time tu kalau gi kedai kaset memang rambang biji mata tengok dereten kaset2 apache ni…tu jam memang giler hari2 tak makan simpan duit sekolah semata2 nak beli kaset2 tu semua…

walaupun takder kasetnya…tapi aku dah dengar jugak la keseluruhan album masa zaman kecoh2 Lefthanded dengan Debunga Wangi masa zaman Battle Of The Band cilok solo lagu Prodigal Son tu…ada seorang member sekelas aku yang ada kaset ori Killers ni bawak gi sekolah…so ramai2 la dengar lagu Prodigal Son ni guna walkman…time tu la aku merasa dengar full album Killers ni..



tapi yang betul2 aku mula tau pasal Killers masa tahun 82 la..ada sorang budak kampung aku ni…tu jam aku tengah giler BMX…budak ni setiap kali bawak BMX mesti pakai t-shirt hitam gambar cover album Killers ni…suka aku tengok gambo hantu pegang kapak tu…tu jam mana tau lagi hantu tu namanya Eddie…itulah pertama kali aku tau pasal Iron Maiden…lagu2nya pun tak pernah dengar….geng2 BMX aku pun bukan panggil Iron…tapi Iran Maiden…hehehe..




Standard la...album2 lama ni mesti cover sekeping lipat 2 ajer...lirik pun takder...

Tapi kawan aku tu bukan mat rock pun…sepupu dia yang kat Spore tu yang rocker…aku rasa dia la orang pertama yg ada tshirt Maiden kat kampung aku atau mungkin JB kot…kesana kemari dia pakai…jeles jer aku nengok…nasib zaman tu aku masih giler Duran Duran…dah tak pernah dengar pun lagu maiden tu macamana…kalau tak maunya aku suh mak aku belikan tshirt camgitu…tapi dari dia la banyak jugak aku dapat pinjam kaset2 rock sepupu dia..KISS, Earthshaker, Deep Purple, Scorpions dll…tu jam kaset2 rock camgini kat Spore senang dapat…betul tak Deaf?

Tapi zaman2 tu…aku tak tau pun Killers ni vocalistnya Paul Di'Anno…iyer la zaman2 aku celik Maiden dah Bruce Dickinson dah…padan la lain jer bunyinya…apa2 pun walaupun lambat beli album ni…tapi lagu2 macam Wrathchild,Killers dan Purgatory aku dah biasa layan dah…pasal dulu aku ada kaset pirate kompilasi yang ada lagu2 dari zaman 1st album sampai Piece of Minds.

Walaupun Killers bukanlah antara favourite album Maiden aku tapi banyak jugak la lagu dari album ni yang aku suka..antaranya Wrathchild,Killers,Purgatory, Murders In The Rue Morgue dan Prodigal Son …cd version ni aku beli pada Julai 1998...di Muzika Kotaraya, JB...dulu kan ada keluar semua 10 album Iron Maiden dari 1st album sampai Fear Of The Dark dengan edisi picture disc plus bonus cd...kononnya nak kumpul semua...tapi tak larat nak beli sekaligus..beli sikit2 sebulan satu...tapi tak berjaya la pulak...banyak tajuk yang gagal aku jumpa...Killers adalah salah satu yang berjaya aku beli...zaman tu pulak dah dapat anak satu...konon2nya nak pencen dah beli kaset/cd ni...so takder la aku beriya2 cari...rupa2nya tak pencen2 pun sampai sekarang...heheh..


antara yang sepecialnya rilisan ini adalah pasal bonus cd ni....

kesimpulannya...kalau Somewhere In Time...album paling aku suka...Killers pulak adalah yang pertama yang buat aku tau pasal kewujudan Iron Maiden...walaupun tu jam tak pernah dengar pun lagu2 dorang...

11 comments:

  1. Aku ada ke CD ni ek??..tak ingat la...Album Iron Maiden yang peberet aku 7 anak lelaki dari 7 anak lelaki...

    ReplyDelete
  2. pukul 1pm nnti aku dah scheduled entri album somewhere in time

    album2 era dianno bkn priority aku, nnti dah complete album maiden yg lain baru aku cari 1st 2 album ni

    bab solo debunga wangi tu aku pun tekejut, sbb aku dari kecik dah dengar debunga wangi... bila dah besar baru perasan solo2 tu cilok 100% dari prodigal son

    ReplyDelete
  3. yg ni gua kurang, tapi yg lepas ni yg gua gila... peace of mind kan..?

    ReplyDelete
  4. yeah sama cam Ijau,
    zaman Paul Dianno bukan priority...

    DiAnno ni Punk sangat style showmanship dia huhuhu

    ReplyDelete
  5. rasanya dulu aku ada kaset ni versi cetak rompak

    ReplyDelete
  6. "iron maiden" dan "killers" adalah dua album maiden yang dibangga2kan sangat oleh paul d'ano hingga ke hari ni. album maiden yang terbaiek, ujar beliau sambil mengutuk encik bruce!

    bila gua perati betul2 cover yang femes ni, baru gua perasan... eddie nampak ganas dengan kapak tapi tubuh beliau melentik cam orang pompuan!

    'Cos I'm a wrathchild, well I'm a wrathchild.
    Yeah I'm a wrathchild. I'm coming to get you, oooh yeah.

    ReplyDelete
  7. Eddie...lepas Klllers...Number Of The Beast...pastu baru Peace of Mind

    ReplyDelete
  8. killers ada gerek2 tau
    murders in rue morgue, instrumentals ides of march n genghis khan
    details of twilight zone makdatok best love song ever!!!
    drifter , purgatory, killers..

    best la, si lamia prodigal son tu pun best la mendayu2...apa2 pun, memang best la haha

    beb, nanti aku post, aku dah burn

    ReplyDelete
  9. thanks deaf...apa2 hal roger aku..

    ReplyDelete
  10. fav track aku dlm album ni Murders in the rue morgue. Cover tu kalau perati betul2, yg tingkap kaler biru bwh skali kat kanan tu...hehehehe....kalau tak clear, sila beli LP...hehehehe

    ReplyDelete
  11. takilala...ceh!! riak piring hitam maniswi betul la...heheh...

    ReplyDelete