Dalam entry Juara Juara Rock bulan Julai tahun lepas…aku ada janji nak review satu2 band yang berjaya buat solo album…tapi tu la..dengan rasa malasnya..tak der masanya..dan tak sampai serunya…tak jugak2 buat…iyer la kalau serunya tak sampai…ngadap depan pc berjam2 pun…satu idea pun tak keluar…mungkin kali ni serunya dah sampai kot…so…aku pilih yang jadi juara la…MAY dengan 1st albumnya Dilema
kaset ni diterbitkan pada tahun 1988...ikut apa yg aku tulis kat kaset tu..dibeli pada Feb 1988..
Satu yang menariknya album Dilema ni…MAY memilih untuk menerbit dan mencipta sendiri lagu2 dalam album ni kecuali ada 1 lagu cover version…memang sepatutnya beginilah la caranya band rock bekerja…bukan mengharapkan lagu2 dari pencipta dan producer lain…satu hal yang selalu mengganggu aku kalau cerita bab rock melayu…Cuma beberapa kerat contoh Rusty Blade dan Belantara yang benar2 berani berbuat begitu…antara sebab mengapa aku meninggalkan rock melayu di penghujung tahun2 80an tu…
Bagi aku Dilema adalah antara album MAY yang terbaik…mungkin kerana aku memang suka sound2 raw dan bunyi heavy metal awal 80an yang macamgini…album ni memang lebih berkonsep heavy metal/rock kapak era2 80an…so bunyi2 Motley Crue,WASP dll seangkatan dengannya memang jelas kedengaran...album2 selepas tu MAY sudah mula ada rif ala2 thrash gitu…so album ni memang berbeza ahh..
Tracklist
Side A
1-Impian (Mus/Mus)
2-Tiada Lagi Engkau (Man/Mus)
3-Emosi Muda (MAY/Mus)
4-Kau Masih Lena (Abu/Hairamak)
5-Keadilan (Copyright/Yusri)
Side B
1-Trajidi (Abu/Mus)
2-Sketsa Sebuah Cinta (Zul,MAY/Yusri,Mus)
3-Haruskah (Man/Rosnah Sajee,Mus)
4-Gadis Misteri (MAY/Shikin,Mus)
5-Ku Dalam Dilema (Yus/Yus)
Tambah yang bestnya...lagu2 slow dia memang betul2 sound rock...bukan slow rock zaman2 May tahun 90an yang pakai lagu2 Saari Amri tu...dorang bukan tak boleh buat lagu2 slow rock yang syahdu...contohnya dari album ni Ku Dalam Dilema, Sketsa Sebuah cinta, Kau Masih Lena dan Tiada Lagi Engkau...tapi kenapa ntah masih nak guna Saari Amri...tekanan dari syarikat rakaman kot...ntah la...sekali lagi tu sebab kenapa aku tinggal kan rock melayu pada penghujung 80an dan tahun2 90an...lagu meleweh...bosan.
Album ni ada 2 lagu dari album Juara Juara Rock 3...Gadis Misteri (ni kuat bunyi Motley Crue dalam lagu ni) dan Sketsa Sebuah Cinta (pada aku lagu slow rock MAY yang terbaik sehingga kini)...dan sebuah lagu cover...tu jam rock melayu memang giler band2 rock Jepun kan...Loudness la...Earthshaker la...kalau Search cover Tokyo dari Earthshaker...May pulak pilih lagu Dark Angel(Animals) dari 1st album Earthshaker...dengan tajuk Keadilan...memang sedap lagu ni...kalau korang nak tau...lagu ni dicipta oleh Adrian Smith (Iron Maiden)...tu pasal sedap melodinya...
Tapi lagu favourite aku dalam album ni adalah Trajidi Dan Haruskah...sedap dengar ketukan drum dan double pedal Man dalam lagu2 ni...ni baru rock kapak beb...tak kisah la kalau ada bunyi2 sama macam band2 omputeh time tu..janji rock...satu lagi lagu yang menarik...lagu dari track pertama...Impian...dengan bunyi keyboardnya...ada bunyi pop sikit lagu ni...tapi best...manakala satu lagi lagu yang heavy bertajuk Emosi Muda pulak berentak heavy rock n roll'...layan jugak la.
Satu yang pasti MAY ni anggota2 dia memang bagus permainan dorang...kalau tak...tak kan la boleh jadi juara kan...boleh tahan jugak rif2 dan solo2 Abu...begitu jugak dengan Yus dan Man...Mus tak yah cerita la...semua pun tau power tak power vocal dia...tapi memang underated betul la dorang...jarang betul aku terbaca kisah2 dorang kat mana2 majalah...mungkin dorang low profile kot...sampaikan cd pun susah nak jumpa...kalau Search,Lefthanded,Wings,Rusty Blade,BPR,Rockers semua ada keluar cd...kenapa yer album2 MAY tak der?...takat ni yang aku jumpa album Hakikat ajer...sayang betul..
Apa2 pun kalau terjumpa kat mana2 album ni...sambar je la...konpem tak rugi.
pergh rambut kembang ooo... hahaha!
ReplyDelete"rock never dise, dog never lise, story 2010" - (tribute to oriaj)
MAY memang underated. Sayang betul.
ReplyDeleteaku lebey suka dgr lagu kat blog ko ni~
ReplyDeleterare~!!!
bro.. baru keluar kompilasi May yg masuk tv tu iklan dia, gambar 4 org tgh duduk tu... lagu2 terbaik semua ada.
ReplyDeletebeb,ade lg simpan kaset ni????pergh!
ReplyDeleteSketsa sebuah cinta...lagu ballad yang perfect.
ReplyDeletelagu Gadis bertudung putih album mana bro? wa suka la lagu tu.
May.. my best malayu band nih. Tapi betul la CD payah nak ada...
ReplyDeleteeddie...MAY nia asik je keluar kompilasi...patutnya sykt. rakaman re-release semua album dlm bentuk cd...baru betul.
ReplyDeletepakcik...ada la skit2 tinggal belen2...banyak dah hilang...ni tampal kat sini bagi bebudak zaman sekarang nengok
portdy...tu album no 3..Rahsia
BRO.. APA EMEL NGKO ?? AKU NAK MINTA TOLONG CKIT LAA..
ReplyDeletevirus zine...ok no problem
ReplyDeletethrashead@gmail.com
cassete delima jual ka bro
ReplyDeleteMaaf.. Tak jual
Delete