Tuesday, March 31, 2009

Formula Satu


Keputusan upset di Australia minggu lalu membuat aku kembali teruja untuk mengikuti kembali perkembangan F1 musim ini...last F1 yang aku betul2 folow adalah di zaman Alonso menjadi juara bersama team Renaultnya...kerana bagi aku F1 telah menjadi bosan bila jurang kelajuan kereta antara satu2 team terlampau besar...contohnya ferari di zaman Michael Schumacher...bosan sungguh..kalau dari lap pertama tu dia dah kat depan...memang aku tukar chanel la...dah tau dah sapa menang..bosan!

Pendapat aku bukan kerana 100% Schumacher tu hebat sangat...iyer..tak dinafikan dia memang terer...tetapi kereta ferari dia tu giler laju...kereta team lain memang hampeh...aku rasa kalau bagi kat sapa2 driver yang lainnya pun dorang boleh celen Schumacher anytime...(kalau pass kat Alex Yoong?...yang ni aku tak sure....hahahaha...)

Fernando Alonso telah membuktikan teori aku di atas bila dia dapat kereta renault yang laju pada tahun 2005 dan dia menang...bila guna kereta yang lembab tahun lepas...dia kalah...dan team Brawn telah membuktikan lagi pada tahun ini...Dengan kereta yang bagus...Jensen Button, seorang pelumba yang boleh dikatakan hampir dilupakan dalam F1...tetiba muncul juara...hanya kerana enjin mercedesnya lebih bagus dari enjin honda yang digunakannya musim lalu...padahal dia masih mengunakan krew yang sama walaupun teamnya telah di take-over oleh Ross Brawn (bekas engineer team ferari)...tetapi dengan enjin yang lebih up to date...sayur je la Mclaren dan Ferari tahun ni...tahniah...jarang jumpa team yang baru (belum sebulan pun usianya)terus boleh menang...harapnya bukan fluke la...tak sabar nak tunggu kat Sepang minggu depan...



Bercerita pasal Sepang...khabarnya race kali ini akan bermula lewat...pukul 5 petang...rasanya Sepang bukanlah the hottest race lagi...pukul 5...dah redup beb...dan tahun ini memang konpem aku akan tengok kat tv aje...setelah selama 3 tahun berturut2...merancang nak konvoi ke Sepang bersama member2 opis...tapi asik la ada aral melintang di saat akhir...maka tahun ni dah malas dah nak merancang...haha...


nota: gambar2 kereta F1 team BMW Sauber ni aku ambik masa promosi FI Sepang beberapa minggu yang lepas di City Square JB...harapnya team ni pun akan dapat podium di Sepang nanti selepas Kubica terlepas podium di Australia kerana eksiden di 3 laps terakhir...


aku rasa macam nak duduk je dalam cockpitnya tu...tetapi disebabkan mamat yg jaga tu asik jeling2 aku je...kansel ahh...haha..

6 comments:

  1. betul tu bro... menang atau kalah sesuatu team ni bergantung pada product pengeluar, driver ni cuma boleh apply kan skill aje utk memastikan kereta tak terbabas, mcm mana nak kacip org depan, bila nak re-fuel.. itu semua boleh membantu kemenangan tu...

    gua suka Kubica dan Heidfeld, gua suka BMW... tapi gua isi minyak guna Shell, hahaha...

    ReplyDelete
  2. f1 walaupon gua selalu ulang alik tepi litar sepang..tapi gua tak pernah tengok live kat litar hehehe cuma tengok dari tepi jlan lepas jumaat dorang test lap keh keh keh..minggu ni dah start keta2 tu sampai..aku gak nak buat clearance.

    ReplyDelete
  3. tak pernah nengok live.
    kat tv pun takde siaran cable so baca paper je.
    tapi memang suasana dia best.

    ReplyDelete
  4. eddie...
    sama dengan...wa pun guna shell..tapi shell hampeh ahh sekarang jual keta ferari mahal nak mampus..

    matakucing & deaf...
    sekali sekala kena nengok live..merasa telinga berdesing...sambil cuci2 mata tegok amoi2 litar..haha..

    ReplyDelete
  5. Betul tu!!! wa cakap lu...
    Tapi tahun ni wa tak dapat tiket free lagi lee..adusss!!!
    Tak dapat le tengok pemandangan best...hehehe..

    ReplyDelete
  6. Huhu...tahun lepas pun ada jugak pameran kereta F1 di CS. Seingat aku masa tu ada budak kecik duduk dalam dlm kereta tu utk bergambar. Selamba kodok jek...

    ReplyDelete