Thursday, August 27, 2009

Big Ones

Bulan puasa ni memang kurang semangat untuk memblog..tapi sepatutnya puasa bukan alasan untuk bermalas-malasan kan..sebenonya aku dah draft review ni beberapa hari sebelum puasa..tapi asik tak berkesempatan nak menyiapkan sehingga la hari ni..bz memanjang..so inilah hasilnya...


Pertama sekali..aku bukan lah peminat tegar Aerosmith..walaupun dorang dah popular sejak zaman 70an..aku tak pernah tau dan dengar pun lagu2 dorang sehinggalah pertama kali dengar lagu "Walk This Way"..lagu dorang yang di cover oleh kumpulan rap Run DMC featuring dorang sendiri pada tahun baper ek?..87? 88?..tu le pertama kali tau pasal keujudan dorang.

Tapi yang betul2 aku dengar Aerosmith ni masa aku kat ITM..ada jiran bilik sebelah yang tegar Aerosmith kenalkan aku...time tu (1990) lagu "Love in an elavator" dan "Janie's Got A Gun" dari album "Pump" tengah popular..dari situ dengar album sebelumnya "Permanent Vacation" dan album selepasnya "Get A Grip"....album2 sebelum dan selepas 3 album ni memang aku tak follow langsung..kecuali lagu2 dorang yang popular keluar kat radio la..

Bila "Big Ones" keluar..aku semak track listingnya..boleh dikatakan majoriti lagunya aku tau..dan kebetulan kat kocek duit terlebih2 pulak..aku pun beli cd ni..huhu..



Memang betul..kompilasi ni semua lagu2 dari 3 album yang aku familiar tadi campur lagu "Deuces are Wild" dari The Beavis and Butt-Head Experience yang juga aku pernah dengar lagu2 soundtracknya...cuma ada 2 lagu baru yang aku tak pernah dengar..tracklistnya seperti berikut:-

1-"Walk on Water" - lagu baru
2-"Love in an Elevator" (from Pump)
3-"Rag Doll" (from Permanent Vacation)
4-"What It Takes" (from Pump)
5-"Dude (Looks Like a Lady)" (from Permanent Vacation)
6-"Janie's Got a Gun" (from Pump)
7-"Cryin'" (from Get a Grip)
8-"Amazing" (from Get a Grip)
9-"Blind Man" - lagu baru
10-"Deuces Are Wild" (from The Beavis and Butt-Head Experience)
11-"The Other Side" (from Pump)
12-"Crazy" (from Get a Grip)
13-"Eat the Rich" (from Get a Grip)
14-"Angel" (from Permanent Vacation)
15-"Livin' on the Edge" (from Get a Grip)

Boleh dikatakan semua lagu dalam ni aku suka..bagi aku ketiga2 album dorang di era penghujung 80an dan awal 90an ni memang boleh dapat segalanya apa yang korang harapkan pada band2 hard rock...melodinya..solo gitarnya..lagu2 slow rocknya...memang best...(iyer aku bias..aku tak tau lagu2 dorang era 70an..dan aku tak suka "I Dont Want To Miss A Thing"...hehe)..tapi antara yang paling aku suka ialah "Love In Elevator","Janie's Got a Gun","Angel","Living on The Edge" dan sudah semestinya lagu2 yang videoclipnya menampilkan Alicia Silverstone "Amazing","Crazy" dan "Cryin"



Pada aku kekuatan Aerosmith ni sememangnya pada Steven Tyler dan Joe Perry...kombinasi ciptaan lagu dan lirik dorang la yang mencorakkan arah tuju lagu2 Aerosmith...Vocal Steven dan gitar Joe adalah trademark Aerosmith...tapi sayangnya lagu dorang yang paling popular bukanlah ciptaan dorang berdua..lagu Diane Warren yang asalnya dicipta untuk Celine Dion pulak...lagu meleweh2 camgini memang trademark Celine Dion...dan memang la aku tak minat...sorry...hehehe...tu pasal aku kurang gemar lagu "I Dont Want To Miss A Thing"..

Kepada sesapa yang baru2 nak try Aerosmith..aku cadangkan album ni..tapi kepada sesapa yang mengharapkan "I Dont Want To Miss A Thing"...maaf yer..lagu tu takder kat sini.

19 comments:

  1. errmm..kaver elbem selalu la tgk, psl aku suka window shoping kat kedai kaset.

    tp, aku dgr 9 lives jek..yg kaver dia tu tukar2..ada 9 kaver ek?

    ReplyDelete
  2. "Janie's Got a Gun" tu lagu aku mula kenal Aerosmith. Tertengok VC dia kat VCD kompilasi rock omputih cap ayam katik.

    ReplyDelete
  3. Portdy mesti suka ni...hehehehe!
    Aku kenal Aerosmith pasal video dia Dude like a lady. Tapi aku tak layan pun. Selepas 90an baru aku dengar balik...emm best gak..baru le aku beli BigOne. Aku cari gak lagu Dream on...apasal tak de dlm kompilasi ni...Rupanya lagu tu dari zaman lain daaa... Masa tu baru tau...huhuhuu..

    ReplyDelete
  4. macam gua masih belum terlambat ke nak folo?

    ReplyDelete
  5. ramai yg pasti melekat dengan Aerosmith jika mereka mula tarik Big Ones ni keluar rack dan bayar di kaunter seterusnya sumbat masuk cd player dan benarkan setiap saat rentak itu menyusup kejiwa sambil tutup mata...

    air bandung letak biji selasih, roti john dengan lelehan sos cili serta mayonis, senyum sampai cramp rahang!

    ReplyDelete
  6. cayalah kau mmg rock!!! kebanyakkan stuff yang ko ulas mesti fav. aku \m/

    ReplyDelete
  7. Album kompilasi Aerosmith yg sesuai utk mereka yg baru nak bermanja ngan diorg ni. Juga utk yg tak tegar. huhuhu. Bila ko nak review Modern Talking??

    ReplyDelete
  8. Jamez..9 lives tu aku tak tau sangat..aerosmith ni aku dengar 3 album ni ajer..


    Matakucing..Janie's Got A Gun memang layan arr..sampai sekarang aku suka


    Skid..Dream On pun best jugak..tp kalau lagu selain 3 album ni yang aku suka ialah Sweet Emotion dari album Toys In The Attic..ni dulu aku tengok VC dia kat MTV tv Spore...terus terminat..ingatkan lagu baru..rupanya lagu taun 1975

    ReplyDelete
  9. Abang Ben..kata org better late than never...tp kalau beginner...memang album ni la sesuai..tp kalau nak yg 70's punya try dengar Toys in The Attic (ni org cakap la..aku pun tak dengar lagi..huhu)


    Eddie..adoi...lu cerita roti john pulak..meleleh...nasib aku baca ni waktu malam...hehe

    ReplyDelete
  10. Jairo...yeahhhh..Rock On!


    Takilala..modern talking?..Youre my heart youre my soul, You can win if you want, Cheri Cheri lady, Brother Louie, Atlantis is calling...best ooo...sayangnya gua takder la cd dia..
    ganti ngan Milli Vanilli atau Vanilla Ice boleh?...hahaha

    ReplyDelete
  11. Kalau mcm tu, Milli Vanilli la. huhuhu.

    ReplyDelete
  12. aku minat juga aerosmith ni...tapi yang paling aku minat modern talking...in the middle of nowhere...in shaire, oh! syahdunya.....

    ReplyDelete
  13. salam kenal ,
    saya jumpa kaset Big Ones ni dlm tahun 1996 ,pinjam kawan punyer... terus minat Aerosmith . Bolehlah buat soundtrack hidup zaman belajar dulu . Yup , semua lagu dalam tu Best - Best....

    ah tiba - tiba macam buleh ingat semua permulaan lagu - lagu itu....
    terutamanya lagu Janie's Got A Gun.

    p/s apa komen anda dengan Album the Best Of Bon Jovi Crossroad ?

    ReplyDelete
  14. hahaha ya ya portdy memang suka sangat hahaha! (sambil terguling2 gembira)



    kompilasi ni memang terbaik, tapi sama nak lagi detail dengan sejarah Aerosmith buleh carik kompilasi "O-yeah"!

    sama macam broteromber, gua tak suka sangat lagu "miss a thing "...

    dan pada gua aerosmith era Geffen memang yang terbaik...

    bagi sapa2 dah khatam Big Ones sila lah layan cd "A little south of sanity" album live Aerosmith yg memiliki semua lagu terbaik Aerosmith.

    ReplyDelete
  15. oo i love this cd.
    keluar dulu aku beli haha..

    masuk just push play baru aku tak suka sangat dorang nye pop-rock

    ReplyDelete
  16. Selamat Berpuasa Berteromber,
    Talk 'bout Aerosmith ni, teringat 1st time layan "Walk This Way" (inspirasi utk "Jugdement Night"). Till now still love the band. "Dont wanna miss a thing" is their only #1 hit sepanjang 39 thn berkarya. Agak lama tapi "they're worthy"(pinjam kata2 Wayne's World).

    "Big Ones" is a good compilation for starter and to further listen, checkout "Permanent Vacation", "Pump" & "Aerosmith". "Angel" & "What It Takes" is my all time favourite playlist...

    ReplyDelete
  17. Cimca...membesar tahun 80an..tak kenal Modern Talking tak cukup tr00 la..hehe


    Terrarosa..salam kembali..Crossroad pun best..cuma pilihan lagunya lebih tertumpu di zaman mereka sudah popular..sayangnya kurang lagu2 dari 2 album terawal mereka...aku lebih prefer lagu2 awal mereka maklum la aku membesar dizaman tersebut..


    Portdy...ok nanti gua try sedut 2 album yg lu rekomen tu..bila nak riak crossroad?...hehe

    ReplyDelete
  18. Deaf...jush push play langsung aku langsung tak pernah dengar...heheh


    Faizal and Anna...terimakasih..selamat berpuasa untuk anda berdua.

    ReplyDelete
  19. gua layan album ni. dalam cite 'bersama selamanya' yang gua buat dulu, ada sebuah pasaraya dalam cite tu gua namakan THE BIG ONE PLAZA!

    dude looks like a laydeh!

    ReplyDelete