Thursday, October 18, 2012

Back In Black

AC/DC - Back In Black (1980)



Sebelum ini...saya hanyalah seorang casual listener terhadap muzik AC/DC...tidak pernah mempunyai kaset/cd malah mendownloadnya pun tidak....tetapi selepas membaca buku Why ACDC Matters...saya rasa amat tertarik untuk mendengarnya dengan lebih serius...

Misi saya untuk mendapatkan album mereka yang paling dikenali telah pun tercapai...Back In Black bukan setakat album biasa...kalau tak...takkan lah ianya terjual sebanyak 50 juta unit...hanya ketinggalan di belakang Michael Jackson - Thriller untuk menjadi album paling laris sepanjang zaman..



Selepas mendengarnya hampir setiap hari (ketika menolong isteri mengosok baju...iyer..saya memang suami mithali...heheh) selama seminggu...saya mendapati album ni sememangnya sedap...formula muzik AC/DC memang simple...lagu2nya jenis straight forward rock n roll tapi bermelodi...terutamanya part chorus...mereka sebenarnya memainkan muzik campuran blues pop tetapi dengan sound gitar hard rock hasil rif2 dan solo berhantu adik beradik Young...

Mungkin disebabkan lagu2nya yang agak straight forward menyebabkan sesetengah kita (termasuk saya) akan merasa cepat bosan dan merasa seolah2 semua lagunya berbunyi hampir sama....tapi setelah mendengarnya berkali2...telinga saya hampir terlatih untuk memahami muzik mereka...



Prinsip AC/DC adalah mudah...Rock N Roll is supposed to be fun....dan itulah yang mereka lakukan...keep it simple...and play them loud...no ballads...takder emo2...lirik jenis tak pening kepala...happy happy sudah... inilah yang dinamakan Rock N Roll....

Saya semakin ketagih untuk mendengar lagu "You Shook Me All Night Long" berulang2 kali...sememangnya lagu ini cukup menangkap....pada saya inilah lagu yang paling pop dan paling sedap dari album ni...mungkin "Rock and Roll Ain't Noise Pollution" juga...dan saya juga amat meminati intro lagu "Hells Bells" dan "Back in Black"....nak kata ianya satu album yang sempurna...mungkin tidak juga...tapi kenapa ianya boleh terjual sehingga 50 juta...sememangnya menjadi misteri untuk saya..



Ada yang kata Brian Johnson lebih banyak menjerit daripada menyanyi...maka misi saya seterusnya adalah untuk mendapatkan album ACDC dari era  Bon Scott pula.


9 comments:

  1. lagu2 era Bon Scott pun best jugak...tapi apa2pun album Back In Black ini menandakan AcDc mampu meneruskan perjuangan walaupun diorg dah kehilangan Bon Scott masa tu,Brian Johnson still rocks!

    ReplyDelete
  2. dulu percaya betul anti christ devil child, after christ devil comes

    rupanya la orang pompuan yang kasi idea alternate current direct current.

    selenger sey

    ReplyDelete
  3. saya suka dengan penggunaan kata ganti nama "saya" di dalam artikel di atas.

    sangat kiut.

    ReplyDelete
  4. Kena dengar Highway To Hell untuk era Bon Scott.

    ReplyDelete
  5. Deaf...sehinggakan idea pakai baju sekolah tu pun kabonya idea dari org pompuan....heheh...

    Portdy...tunggu sehingga anda melihat orangnya pula...memang sangat kiut....huhu..

    ReplyDelete
  6. Idea pakai baju sekolah tu dtg nya dari idea kakak adik beradik young jugak..lagu acdc yg paling di sukai sepanjang zaman : dirty deeds done dirt cheap

    ReplyDelete