Monday, January 6, 2014

Vs Melaka United

Perlawanan Persahabatan
04hb Januari 2014

Johor Darul Takzim 4  Melaka United 1
(Pablo Aimar 28',Luciano Figueroa 37',Safee Sali 84'(p), 91')

Lama dah tak cerita bola....Liga Malaysia pun dah nak mula. Ini game pertama aku pergi untuk tahun 2014. 2 game friendly sebelum ni tak dapat pergi pasal ada hal.

Sebelum tu aku nak bagi pandangan...bagi aku di era bolasepak moden ni janganlah bersikap kenegerian sangat. Manchester United dan Liverpool bukanlah untuk penduduk Manchester atau Liverpool sahaja. Nak jadi kelab yang hebat kena open minded. Kata nak wakil Malaysia untuk AFC. Bagi aku JDT ni sapa2 pun di galakan menyokong. Tak perlu kau orang Johor pun. Lagi besar fan base lagi bagus...lagi banyak merchandise boleh jual. Kewangan kelab jadi lebih kukuh. Kan bagus macam tu. Sebab tu playernya datang dari pelbagai negeri. Anak sedara aku yang penyokong tegar Selangor pun tahun ni dah start sokong JDT pasal Amri Yahyah. Benda macam ni yang kita nak dalam era bolasepak pro. Kelab lain pun patut buat macam tu...lawan siapa lagi bagus manage kelab. Tak payah la sibuk kenegerian sangat....ko sokong Manchester United macam la ko lahir kat Manchester...

Ok...cukup pasal tu...macam biasa...layan bebel pasal game...


1- Stadium Larkin dalam proses upgrade. Nak besarkan lagi...sekarang punya kapasiti memang tak cukup..sesak. Seperti gambar di atas kerja-kerja ubahsuai dah start jalan dah terutama kat bahagian luar hadapan. Kabarnya dorang buat secara berperingkat tanpa menganggu jadual game. Kalau tengok dia punya plan bergambar...memang cantik la kalau siap nanti.



2- Keadaan padang memang tip-top...maklum la padang ni memang tak bagi guna untuk apa-apa acara pun selain game JDT. Selepas abis musim lepas, ni baru kali ke 2 guna padang ni. Memang bagus dorang jaga. Siap sebelum game pancut air kat padang kasi rumput basah...macam dah kat stadium eropah pulak aku tengok...


3- Walaupun friendly game...stadium penuh sesak...aku nak masuk grandstand pun tak dapat...dah penuh. Maklumlah semua pun teruja nak tengok Pablo Aimar.

Pablo Aimar
4- Aku rasa memang berbaloi beli Aimar ni...memang rajin kiri kanan atas bawah dia main....skill memang awesome. Paling aku respek nampak sangat dia tak kedekut ilmu. Dia dah macam jurulatih dah atas padang ajar itu dan ini. Bebudak Malaysia ni kalau tak dapat ambik ilmu dari dia aku tak tau nak cakap apa la...ni la peluang untuk belajar dari player kelas dunia. Secara tak langsung benda ni adalah perkara baik untuk bolasepak Malaysia.

5 - Dari segi permainan nampak sangat pengurus Jiménez lebih kepada percubaan taktikal dan keserasian pemain. Macam-macam kombinasi pemain dia cuba. Mungkin dia pun tak decide lagi siapa dia punya 1st eleven. Paling respek dia bagi peluang juga untuk budak-budak remaja piala presiden main. Padahal budak-budak ni bukan dalam team JDT pun. Nampaknya bukan takat JDT dia jaga...tapi pemain-pemain remaja pun. Ini memang perkembangan bagus untuk pemain-pemain remaja. Kau bagus...kau akan dapat peluang. Siapa kata PBNJ takat beli star ajer dan tak pentingkan pembangunan pemain muda.

6 - Tak sia-sia aku datang dapat tengok Aimar score dan selamat kembali kepada Safee Sali. Tu Amri Yahyah tak main tu....memang kalau boleh nak harap banyak gol...tapi biasa la friendy...pemain pun tak all out...takut injured..


7 - Dari segi penonton...memang rasa kurang lah bila dah tak boleh baling rest roll lagi...dah FAM tak bagi nak buat macamana kan...tapi B.O.S tetap macam biasa....meriah...cuma ada segelintir fan yang masih membakar flare walaupun benda ni dah di larang...Bak kata TMJ pun buat apa lah asyik nak bayar denda kepada FAM pasal kes flare ni...kan lagi baik duit tu guna pembangunan bolasepak...Banda ni dah jadi barang larangan...terpaksa la akur...kena pikir cara lain untuk jadikan meriah...dan aku benci betul budak depan aku hisap rokok non-stop sampai naik lemas aku rasa...nasib la aku tak bawak anak...

8 - Game ni aku pergi sorang...tak bawak anak...maklum la Johor dah start sekolah hari Ahad...mungkin lepas ni memang jarang aku bawak anak kot...walaupun dia nak ikut....kesian pulak tengok dia letih esoknya nak kena bangun pagi pegi sekolah.

9 - Last...tahniah penyokong Melaka yang datang pakai bas...walaupun team dorang main liga bawahan...tapi semangat penyokong mereka tetap membara...tak ramai...tapi ada suara...respek!...Moga mereka akan kembali...






5 comments:

  1. Sokong statement yang mula2 tu bro..betul,takyah la nak bersifat kenegerian sangat..muak aku orang dok caci cakap macam2 kat fb

    ReplyDelete
  2. TMJ has the budget to do all these, dan dia choose bolasepak sebagai passion dia.
    Kalau secara logik dari hasil jual tiket, jual merchandise, sponsorship, tv broadcast, susah dua2 team Johor mampu buat apa ada skarang. Sabtu paper Singapore list gaji2 budak2 Spore main kat Johor. Dahsyat.

    ReplyDelete
    Replies
    1. kau bayangkanlah kalau metal passion dia...pergh....boleh buat wacken cawangan JB tiap2 bulan....

      Delete