Wednesday, August 26, 2015

Man Bai s/t

Kaset yang dah 20 tahun...


Man Bai - Man Bai (1995)

Hahaha...saya tergelak bila terjumpa kaset ini di dalam gerobok. Bukanlah nak kata Man Bai atau album ini tidak bagus. Tetapi sebagai seorang metalhead amatlah janggal bila anda membeli kaset pop sebegini. Tetapi sebenarnya ada cerita disebaliknya.

Guilty pleasure?...hmmm...mungkin kurang tepat. Lebih kepada untuk tujuan mengurat. Hahaha....

Saya bukanlah peminat Gersang. Tetapi saya akui, album pertama mereka memang bagus. "Perbezaan", "Jiwa Rock n' Roll", "Kaca Dari Permata" dan beberapa buah lagu lagi memang heavy. Memang rock. Sayangnya mereka menjadi pop dengan imej mat smart untuk album-album seterusnya. Kadang-kadang jeles juga bila awek-awek zaman tu semua minat Gersang. Isteri saya pun dulu peminat Man Bai. Kiut katanya. Sekarang kurang. Dah botak. (Mus Speedrider..tolong jangan terasa) hahahaha....

Cerita pasal awek. Sebenarnya inilah puncanya saya terjebak membeli kaset ini. Zaman buat mix tape untuk mengurat. Dulunya zaman muda belia adalah berkenan kat seorang kawan perempuan satu pejabat. Saya tau dia peminat Man Bai. Dia suka lagu "Kau Ilhamku". Makanya kaset ini dibeli semata-mata kerana inginkan lagu tersebut dalam mix tape yang saya buat untuk beliau. Lagu-lagu lain di dalamnya saya dah lupa. Tetapi yang saya ingat lagu tersebut digandingkan "back to back" dengan lagu "More Than Words - Extreme". Bukan ker lagu "Kau Ilhamku" tu kira macam versi melayu untuk "More Than Words"?


Lagu-lagu lain dari kaset ini saya kurang ingat. Pemain kaset saya sudah rosak. Tetapi lagu "Sebenarnya"  pun kalau tak silap saya sedap juga. Tabiknya album ini diterbitkan sendiri oleh Man Bai. Beliau juga mencipta beberapa buah lagu. Dia dibantu oleh Shahrul dan Pacai dari Ekamatra yang juga bertindak sebagai penolong penerbit disamping bermain gitar dan bass. Hillary Ang juga ada bermain untuk album ini. Bukan calang-calang pemuzik yang terlibat.

Begitulah lebih kurang ceritanya. Tentang awek tersebut pula. Hmmm...Taktik saya berjaya. Bercouple lah juga. Tapi tak lama. Dia bertunang dengan orang lain atas pilihan keluarga. Nak buat macamana. Tiada jodoh. Heheh...





9 comments:

  1. Gersang.
    Ahahahaha... ahahahahahaha.....hahahahahahahahhahaahaha

    ReplyDelete
  2. Punye giler pompuan dulu kat si Man Bai...

    ReplyDelete
  3. Hahah..end of the story aku ingatkan awek tu wife yg skarang,rupanya bukan..heheh..kaset ni housemate aku penah beli dulu so secara tak sengaja aku pun tejebak mendengarnya..tapi lagu "sebenarnya" tu mmg best.

    ReplyDelete
  4. lepas gersang...makanya blackrose pulak pujaan awek2...ajin kiut boleh la jgk..tp sore dia lgk kiut...

    ReplyDelete
  5. More than Words melayu lebih kepada lagu Warisan Wanita Terakhir by TP

    ReplyDelete
  6. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  7. waaa terbaik ceritanya tak pena aku merasa era mixtape tu nak mengorat aweknya... musti frust dia bertunangkan haha

    ReplyDelete