Wednesday, September 2, 2015

Berpaling

Lagi album yang baru kali pertama dikeluarkan dalam betuk cd.


Search - Berpaling (2015) - terbitan asal 1988

Tak pernah terpikir pun akan dapat album ni dalam bentuk cd. Terimakasih kepada saudara Mohd Fauzi Omar dari Universal Music yang merealisasikan perkara ni. Khabarnya selepas ini giliran Junction-Arah. Harapnya akan lebih banyak album-album lama diterbitkan semula. Masih menunggu album Belantara, Bloodshed dan Kembara dicdkan.

Saya di Tingkatan 5 ketika album ini diterbitkan. Yang saya ingat pada ketika itu hampir tiap-tiap minggu menyinggah ke kedai kaset di pekan Ulu Tiram semata-mata nak tahu samada album baru Search telah dipasarkan. Desas desus yang mengatakan album baru mereka telah siap menyebabkan peminat seperti saya tak senang duduk. Tetapi setiap kali pergi mesti pulang hampa. Zaman tiada internet untuk meng"google". Krisis mereka dengan syarikat rakaman Polygram membantutkannya.

Ketika "Di Pintu Sepi" dikeluarkan, saya kecewa. Saya mahukan album baru bukannya sekadar lagu-lagu lebihan rakaman lama dan kompilasi. Sebagai tanda protes. Saya tak beli. Tetapi kemudiannya menyesal. (bila dapat tahu album tersebut kena tarik balik dari pasaran). Makanya bila "Berpaling" keluar, tidak banyak soal terus beli kasetnya.


Tetapi sebenarnya masih kecewa. Tambahan pula "Berpaling" setakat mempunyai 3 lagu baru. Lagu Berpaling pula hanya setakat lagu cover. 2 lagu lainnya berentak perlahan. Mungkin itu antara sebab mengapa saya kurang mengambil kisah perihal kasetnya. Akhirnya ia hilang entah kemana. Tetapi tak mengapalah. Sekurang-kurangnya cd ini boleh menjadi pengganti. Ianya menjadi kenangan bagaimana pengaruh besar Search dalam kehidupan awal remaja saya.

Selayaknya mungkin inilah album terakhir yang saya kemaruk dengan Search. Album Fenomena mengecewakan saya. Tambahan pula rasa kurang berminat bila Hillary dah tiada. Saya pula pada ketika itu sudah mula beralih kepada muzik yang lebih ekstrim. Akhirnya Search saya tinggalkan.


Sedikit untuk riak cd searchwi...Lagu Berpaling bukan kali pertama diterbitkan dalam bentuk cd. Lagu tersebut ada dalam kompilasi "Rock Mania" terbitan tahun 1998. (kalau nak cerita bab rare...yang ni pun rare...heheh..)

Saya juga tertarik dengan komen Saudara Jaini Jay dalam entri Berpaling dari Xyrus Zone. Saya juga selalu berpikir perkara yang sama. Siapa dia Bakri Johari. Sama juga siapa dia Man Boron dalam lagu-lagu awal kumpulan Bloodshed.





11 comments:

  1. aku gembira dapat album ni ngan dipintu sepi haha terbaik universal music

    ReplyDelete
  2. Wahhh satu satu dah beli ni.. Harap aku pun dapat peluang memiliki cd ni. hihihihi

    ReplyDelete
  3. Sama jugak mcm Boul yg selalu lukis artwork cover untuk album rock dulu2 tu.sape eh Boul tu? Banyak cover yg dia lukis lawa2.kira dia derek riggs melayu la..heheh

    ReplyDelete
  4. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  5. tk sabar nk tggu Kembara, Belantara, Bloodshed...yg len2 tu xkesah la d cdkn ke x..tp klu entire artis rock dri polygram era 80 dlu d cd kn kire sudah sebaiknya lah...universal kene bace ni komen kitorg..rock boleh jual tau...bukan dangdut jek

    ReplyDelete
    Replies
    1. dengar cerita lepas ni Junction..3 album...lepas tu Bloodshed...3 album...baru Belantara...haha...tak sabar...

      Delete
    2. kene peruntuk bajet rm500 ni...utk cd...beli bnyk2 bikin stok kuikuik

      Delete
  6. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  7. Gamba mata yg mengelilingi tu menarik..hihi

    ReplyDelete