Tuesday, October 20, 2015

Bateri

Ni bukan pasal lagu Metallica...tapi pasal Kilang Bateri.


Ini tempat terbaru yang mungkin bolehlah saya katakan sebagai tempat golongan hipster melepak cari makan sambil shoping di Johor Bahru.

Kenapa namanya kilang bateri? Pasal sememangnya tempat ini asalnya adalah sebuah kilang bateri. Kilang Eveready untuk lebih tepat. Seingat saya semasa zaman kanak-kanak saya di tahun 70an dulu, kilang ni memang dah wujud dah. Mungkin ianya antara kilang yang terawal pernah wujud di Johor Bahru.

Nak buat macamana. Budak-budak sekarang mana lagi hidup bergantungkan bateri. Mana pernah mereka merasa ketuk bateri dan jemurnya di tengah panas semata-mata untuk memanjangkan tempoh hayatnya. Mana ada lagi walkman. Radio transistor. Malah fungsi lampu picit/suloh pun sekarang orang dah gunakan handphone. Paling tak pun orang sekarang beli bateri hanyalah untuk kegunaan remote control. Macamanalah kilang bateri ni pun tak melingkup.

Tapi apa yang dilakukan oleh pengurusan tempat ini memang patut dipuji. Idea yang kreatif. Bentuk tempatnya pun masih bentuk kilang yang asal. Memang pengubahsuain yang sangat minima. Lantai pun menggunakan lantai kilang yang asal. Bumbung pun. Memang nostalgia kot bagi mereka yang pernah berkerja di kilang ini.


Tempatnya dibahagikan kepada 2 bahagian. Sebelah adalah bahagian makan-makan. Kerusi meja semua menggunana pallet kayu macam kat kilang. Memang kreatif. Macam-macam jenis makanan ada. Chicken Chop Rm5 pun ada. Tapi biasalah dia punya barisan beratur nak beli punyalah panjang. Saya tak cuba lagi makan kat bahagian dalam ni. So tak pastilah tentang harga dan kesedapannya.


Sebelahnya pula adalah bahagian kedai-kedai yang menjual pelbagai produk terutamanya yang buatan tempatan. Perempuan sukalah kot. Tudung dan baju-baju perempuan banyak. Tshirt, kedai buku jenis macam Fixi, Lejen Press dan macam-macamlah barangan terutama untuk golongan muda mudi yang terasa dirinya hipster (vape contohnya)...

Ada juga pentas terbuka yang hari tu Search pun buat kat sini untuk majlis Meet & Greet sempena promosi konsert Panggung Khayalan dorang.

Siapa-siapa yang tersesat ke JB dan terasa nak jadi hipster boleh la kot cuba tempat ni. Senang jer kot tempatnya. Di Jalan Tampoi berhadapan Taman Damansara Aliff tak jauh dari Plaza Angsana. Khabarbya dibuka setiap hari dari pukul 12 tengahari hinggalah 12 tengah malam.


Last...yang ni bukan chicken chop RM5...tapi yang kat belah depan pintu masuk utama belah kiri kena panjat tangga tu...



9 comments:

  1. bagus infonya.. patut pun aku heran baca search buat meet and greet tu kat kilang bateri, huhu baru aku tahu...rupanya sudah di ubah jadi pusat beli belah.. genius org tu, itu lantai production pun masih kelihatan...

    ReplyDelete
  2. Replies
    1. Sebenarnya kat JB ni ada beberapa tempat jual chicken chop RM5...Hutan Bandar dan kat Jalan Yahya Awal contohnya...tak silap dua2 ni tokey sama....

      tapi jangan lah mengharap yang ianya sama macam harga yang berbelas atau berpuluh ringgit tu....satu lagi kalau pergi tempat2 macam ni tahap kesabaran menunggu kena tinggi...kalau 1/2 jam order dah dapat kira dah patut bersukur dah... ada yang berejam...

      Delete
  3. Tmpt ni tgh top eh skarang.lom ada masa nak pegi.tggu balik jb baru pegi..tapi mmg penah keja kat kilang ni sekejap dulu..kenangan mengusik jiwa betul..heheh

    ReplyDelete
  4. mmg kreatif la... klu berpeluang akn menyinggah

    ReplyDelete
  5. oh, ini rupanya kilang bateri! sempoi jugak tempatnya..

    itu hari matakucing ada post Emmet (Butterfingers) main kat sini..

    se

    ReplyDelete
  6. I never know this. Thank you for sharing.
    Aku nak cakap sikit kadang2 benda2 Hipster ni.
    Dulu2 kita budak2 gunting rambut either kedai pakcik melayu/kedai india atau kat rumah bapak yang gunting percuma.
    Minyak rambut pun apa ada pakai, minyak kelapa ke, zaitun pun jalan terus.
    Tapi... budak sekarang, kedai india pun tak mau pergi. Nak pergi kedai Melayu yang jenis2 Hipster ni la... Jenis style WAK DOYOK gitu nye trendy fashion Melayu gitu.
    Sanggup tunggu berjam2 ok, just nak gunting..
    Harga bukan murah...
    Dah tu pekedai2 ni nanti promote la, Hair Cream Dari Amerika... Takde jumpa di tempat lain, hair cream digunakan oleh Hipsters Hipsters aje...
    Bukan murah ok.....
    Dah tu je nak cakap aku kureng sikit trend2 budaya gini
    dan lastly, aku paling kurang berkenan Wak Doyok tu, Apa fungsi dia dalam bidang seni Melayu dan entertainment Malaysia pun aku tak tahu....
    Tapi aku rasa kalau aku tengok Hipster aku teringat dia ngan si sapa tu? BossNed?
    nak muntah aku. Sorry eh kalau kau peminat dorang hahahahaha

    ReplyDelete
  7. Tempat hipster ni...

    Aku dah try chicken chop RM 5 dia . Not bad. Kenyang jugak.

    ReplyDelete