Tuesday, October 13, 2015

Febians

Lagi pasal album rock melayu reissue....


Febians - Febians (1988) - terbitan semula 2015

Yang ini pun pernah buat cerita pasalnya dahulu. Kalau rajin nak baca cerita 5 tahun yang lalu, sila >KLIK<

Album ni memang tak pernah ada dalam bentuk cd. Walaupun bukanlah antara kegemaran, tetapi memilikinya adalah satu kemestian. Terutamanya sebagai kenangan zaman remaja dahulu kala.


Soundnya bagus. Tak rugi beli. Satu yang bagusnya tentang keluaran NSR berbanding Universal Music adalah kualiti kertas covernya. Lebih tebal dan glossy. Tetapi kekurangannya pula dari segi rekabentuk inlay dibelah dalamnya. Biasanya sekadar lirik tanpa gambar. Bab ini Universal lagi bagus. Rekabentuk dan gambar band biasanya mengikut kaset yang asal. Ianya lebih menarik. Kedua-duanya ada pro dan con. Tapi tak kisahlah, selepas bepuluh tahun menunggu dapat yang bunyinya elok seperti ini kira dah bagus dah. Terimakasih kepada keduanya. Saya berharap ada yang sudi mengeluarkan semula Battle of the Band 1-2 dan Juara Juara Rock 1-3 suatu hari nanti. Cd yang saya ada tidak menggunakan cover yang asal. Agak kurang menarik.


Berbalik kepada Febians, seperti 5 tahun yang lalu, pandangan saya terhadap album ini tetap tidak berubah. Album ini memang banyak lagu perlahan. Yang berbezanya saya semakin ketagih pula mendengar lagu "Satu Penentuan". Bahagian yang Nasha tarik suara tu memang "rabak"!.




13 comments:

  1. Ini pun dah beli.tapi aku punya dpt jewel case patah pulak.mmg banyaj lagu jiwang ni..heheh.pada aku 1001 malam tu kira album yang dah matang sikit la pasal ada lagu berunsurkan perang,seram dan kemanusiaan.kalo bab sound mmg aku setuju la puas hati.

    ReplyDelete
    Replies
    1. as salam.. kaset febians tuan tu ada lg ke

      Delete
    2. Waalaikumussalam... masih ada... tapi maaf la...memang bukan untuk dijual

      Delete
  2. terima kasih banyak kpd NSR sebab ;

    1) guna kertas glossy. senang dan lebih konfiden nak bukak sticker hologram tu!

    2) sound cd-cd Febians reissue kali ni memang bagus! aku dah beli yg ni, 1001 mlm dan lang buana.

    3) artwork tak pecah atau blur! just nice.



    ReplyDelete
  3. klu cover lp plak album ni len plak gambarnye... lepas ni medicine muzakarrah la..

    ReplyDelete
  4. Oh ni yang ada untukmu sayang ...
    bagus jugak ni

    ReplyDelete
  5. Jojo production bila lagi nak refurbish harta intelektual mereka. Exist, Melati,Mega. Wohnen under Jojotak?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Jojo ni ujud lagi ker?...lama dah tak pekena nasi ambeng BBU yang dekat ngan opis dorang ni....

      Delete
  6. klu time becinta rasanya bole masuk la dgr lagu ni..hehehe

    ReplyDelete
  7. lepas kau ckp banyak lagu jiwang, skip dari list utk dibeli haha.

    ReplyDelete
  8. Satu Penentuan tu mmg lagu feveret tu...sebab part dia tarik tu mmg yeah! yeah! la. CD 1001 dah ada, yg ni dah ada, lang buana pun dah ada, tunggu Satu antara Sejuta lagi la nampaknya.

    ReplyDelete