Saturday, December 23, 2017

Identiti

Dah dekat-dekat hujung tahun sebelum terlupa...


Metalian - Identiti (1987)

Satu lagi album rock melayu yang menyambut ulang tahun ke 30. Rasanya dalam 5 buah band Juara Juara Rock, mereka adalah yang pertama mengeluarkan album solo. May - Dilema,  Febians - Febians dan Burnmark - Burnmark's semuanya dikeluarkan dalam tahun 1988.

Antara band rock terawal dengan imej mat pejabat. Walaupun begitu muzik mereka tetap rock. Banyak lagu yang catchy. Tetapi ntah kenapa ianya agak kurang mendapat sambutan. Sayang, band yang bagus dengan lagu-lagu ciptaan sendiri seperti mereka kurang mendapat perhatian.


Namun begitu, lagu "Erti Persahabatan" agak popular juga di radio berbahasa melayu Singapura suatu masa dahulu. Memang sedap lagu ni. Tetapi untuk saya ada 2 buah lagu yang cukup saya suka. Pertamanya lagu mid tempo, "Khayalan" dan satu lagi lagu slow, yang ada solo "Turned To Stone" dan "Strangers In The Strangeland", "Senyum Bukan Tangisan".

Dengan adanya cd reissue 2016, dapat jugalah mengimbau kenangan silam walaupun sound cd tersebut memang banyak yang boleh dipertikaikan.

Untuk edisi merapu 7 tahun yang lalu...klik >SINI<










2 comments:

  1. Cantik lagi kaset dia.aku punya cd pun masih bebalut lagi lum bukak

    ReplyDelete
  2. aku ada cd dia pun, tak bukak lagi...
    sahaja buat simpan stok geli geli.

    ReplyDelete