Saturday, December 9, 2017

Samarkand



Bloodshed - Samarkand (1987)

Masuk bulan disember ni kalau tak silap dah 30 dah usia album ni. Masih ingat dulu beli kasetnya dapat poster kalendar tahun 1988. Bertahun juga poster tu bertampal kat bilik sehinggalah mak buat make over bilik habis semua poster kena buang.

Ini antara album terbaik rock melayu. Sayangnya kat Malaysia ni dari syarikat rakaman hinggalah yang kononnya peminat rock memang buat tak tak tau atau tak ambik tau tentang tarikh dan sejarah.

Kalau orang puteh ni dah tentu tentu akan adanya terbitan semula sempena ulang tahun dengan bermacam macam terbitan dan bonus track. Tapi kat Malaysia ni mimpi la. Berapa kerat jer yang nak beli...dan kalau buat pun jadilah macam Search Fenomena Made in USA....kata orang tu pun sekadar menangguk di air keruh...

Ok la...harap satu hari nanti Samarkand ni akan keluar juga versi piring hitam...come on record company...take my money.... ­čśü





4 comments:

  1. Aku belum beli lagi album ni.. lagu samarkand tu mmg sedap

    ReplyDelete
  2. waktu kelas muzik darjah 3 (1988), aku dan rakan2 main lagu srikandi cintaku dengan alat muzik genderang, gendang, simbal, kastenet, tiktok bagai, kah kah kah...

    ReplyDelete
  3. Aku teringat video samarkand kt muzik muzik dulu.cari kt utube tkada org upload

    ReplyDelete
  4. sekadar menangguk di air keruh... fuuuhh aku nak cuba pakai ayat ni. haha. Happy Birthday Samarkand. Legendary album for legendary school time.

    ReplyDelete