Monday, December 18, 2017

Wayang

Lama dah tak ke panggung...ni 3 yang baru ditonton dalam bulan ini...



Ingatkan ceritanya sekadar cerita lawak seperti kebiasaan cerita animasi untuk kanak kanak. Tak sangka pula ada bahagiannya yang boleh menitiskan air mata. Terasa sedihnya, tambah pula jika anda seorang ayah.

Sangat sesuai untuk tontonan seisi keluarga. Jalan cerita dan twist yang menarik. Paling kagum bab animasinya. Lawa sungguh.

Rekomended!




Awalnya tak menaruh harapan tinggi. Jumanji 1995 dengan Robin Williams sememangnya lejen. Zathura 2005 pun boleh tahan. Apalagi yang boleh kita jangkakan untuk kali ketiganya.

Ternyata saya silap. Menukarkan board game kepada video game menjadikan Jumanji kali ini lebih up to date dan segar. Walaupun pengakhirannya mudah di jangka tetapi ceritanya memang lawak. Sangat lawak.

Jack Black dan Kevin Hart sememangnya menghiburkan. Ternyata ianya melebihi dari apa yang saya jangkakan. Rasa tak nak keluar panggung pula bila lagu Welcome To The Jungle berkumandang ketika penghujung cerita. Singalong dulu baru balik...haha

Err...dan salah satu kerektornya juga adalah seorang metalhead....tu pun dah buat saya tersenyum...

Rekomended juga.




Yang ni tak payah cakap banyak. Kalau anda peminat Star Wars pastinya anda akan berpuas hati.

Tak nak tulis lebih. Takut terspoiler pula nanti. Hormat kawan kawan yang belum tengok.

Sangat rekomended...hanya jika anda peminat Star Wars...kalau yang tak minat tu cakap apa pun tak guna...yer tak?







6 comments:

  1. Jumanji da tgk.ok la bole tahan.star wars je belum

    ReplyDelete
  2. star wars masuk panggung 1.30pagi..
    iklan dan gezek dah 20minit start 1.50
    keluar panggung 4.30 pagi siap tunggu credits abis..
    Long Live Princess Leia!!!

    ReplyDelete
  3. coco (dan ferdinand) tu kena tunggu versi dvd baru dapat tengok sekali dengan anak... nak tengok jumanji minggu lepas, tapi jadual padat, dapat masuk justice league dan episode VIII sahaja

    ReplyDelete
  4. dah tengok Star Wars.. kurang memuaskan

    ReplyDelete