Monday, February 5, 2018

Lita

Yang menyambut ulangtahun ke 30 pada 2hb Februari yang lalu...


Lita Ford - Lita (1988)

Jarang kan blog ni cerita pasal awek rocker. Sebabnya memang tak banyak dalam koleksi saya yang wanita adalah penyanyinya. Kalau tak silap cuma ada Vixen, Warlock (Doro), The Great Kat dan cd Lita ini. Minat juga pada Lee Aaron. Tapi tak terasa pula nak membeli cdnya. Entahlah kalau wanita macam lebih seronok pula dengar yang pop. Debbie Gibson contohya...haha...

Lita Ford asalnya bersama-sama dengan Joan Jett adalah dari kumpulan awek rockers, The Runaways. (Micki Steele, pemain bass kumpulan The Bangles juga berasal dari band ini). Mereka berpecah apabila Joan Jett mahukan The Runnaways menjadi lebih kepada Punk manakala Lita Ford pula lebih cenderung kepada heavy metal. Selepas berpecah, Joan Jett lebih dahulu mencapai kejayaan dengan lagu-lagunya seperti  "I Love Rock 'n' Roll" dan "I Hate Myself for Loving You". Manakala Lita Ford pula, percubaan album solonya yang ketiga ini barulah mencapai kejayaan.

Bersama B.C Rich Lita Ford Signature

Tak mengikuti sangat album album Lita Ford ni sebenarnya. Tetapi ketika penghujung 80an suka juga dengan lagu "Kiss Me Deadly". Tetapi yang membuatkan dia popular sudah semestinya lagu duetnya bersama Ozzy Osbourne, "Close My Eyes Forever". Imejnya ketika itu sering digambarkan sebagai heavy metal. Pernah juga berkahwin dengan gitaris WASP, Chris Holmes. Tambah pula dengan gitar cabang-cabang B.C Rich Warlock kepunyaannya, memang nampak metal. Tetapi album Lita ini sebenarnya lebih kepada hard rock ataupun glam/pop metal. Sedap juga sebenarnya. Lagu-lagunya memang catchy dan senang hadam. LemmyKilmister dan Nikki Sixx juga terlibat dalam mencipta lagu bersama.

Tetapi yang pastinya beliau sememangnya boleh menyolo. Shredder.




6 comments:

  1. Wow baru tau ni. Kejap lagi nak tgk utube

    ReplyDelete
  2. Wow baru tau ni. Kejap lagi nak tgk utube

    ReplyDelete
  3. Lita ford ni makin tua makin seksi alu tgk..heheh..ada follow fb page dia.mmg gitar bc rich dia lawa2

    ReplyDelete
  4. mula mula saya ingat ini Lita dalam WWE haha

    ReplyDelete
  5. close my eyes forever...
    dulu tunggu radio main, then aku tape haha

    ReplyDelete