Wednesday, October 13, 2021

Gila Format - Thrash Zone

Lagi kenangan zaman remaja yang berjaya di"gila format"kan dan bersempema ulangtahun ke 32 album ini pada 10hb Oktober yang lalu...


D.R.I. - Thrash Zone (1989)

Tak ingat bila beli kaset ni. Antara kaset yang saya lupa nak catat tarikh beli. Biasanya dulu-dulu memang rajin tulis tarikh beli. Tetapi rasanya ini semua adalah hasil dari duit pinjaman dari Yayasan Pelajaran Johor. Orang bagi duit untuk kegunaan belajar tetapi kita gunakan untuk membeli kaset 😁. Tak apa lah, ianya bukan biasiswa pun. Dah lama pun dibayar balik. Tambahan pula kaset-kaset ini memang digunakan sebagai alat bantuan belajar. Lagu-lagu sebegini diputarkan sebagai latar belakang untuk menghilangkan rasa mengantuk sewaktu belajar. Walupun mungkin sebenarnya 60 hingga 70 peratus adalah membaca lirik dan menghayati lagu dan bakinya adalah belajar...hahaha...


Cd pula di beli ketika zaman mula kenal e-bay. Antara cd terawal yang di cari pada ketika itu. Versi piring hitam pula dibeli dari seorang rakan facebook yang berada di Jepun. 

Antara cover album yang agak ikonik untuk peminat muzik berat dan thrash terutamanya. Banyak kali juga gambar cover ini saya gunakan sebagai avatar saya semasa zaman internet forum. 


Banyak lagu yang sedap tetapi antara yang paling diingati sudah semestinya "Kill The Words". Selain melodinya yang catchy, liriknya adalah tentang kontroversi fatwa Ayatollah Khomeini untuk membunuh penulis novel The Satanic Verses, Salman Rushdie


3 comments:

  1. memang logo ni kult, dari zaman sekolah aku selalu tengok member tulis kat buku... ironinya, satu lagu DRI pun aku tak pernah dengar

    ReplyDelete
  2. Album yang seronok didgr ketika wat kerja

    ReplyDelete