Monday, January 29, 2024

Babylon

 Lagi album terbitan tahun 2023...

Lynch Mob - Babylon (2023)

Bila dah beli Dokken kena juga beli yang ini. 

Rasa sedikit terkejut bila dapat tahu yang Lynch Mob ada album baharu. Maklumlah nama "Lynch Mob" berbau perkauman untuk sesetengah pihak. George Lynch sendiri pun pada tahun 2020 pernah memberi kenyataan yang beliau tidak akan menggunakan lagi nama tersebut. Tetapi nampaknya beliau dah berubah fikiran.

Tak ada dah anggota asal lain dari zaman Wicked Sensation (1990). Tetapi kita mendengar Lynch Mob sememangnya kerana kerja gitar George Lynch. Tak kisah sangat pun siapa anggota yang lain. Kita tahu yang George Lynch dah lama "move on" dari sound Dokken. Tetapi album ini soundnya bukan sahaja tidak berbunyi Dokken malah tidak juga seperti Lynch Mob yang lama. Soundnya lebih ke arah hard rock 90an (band seperti Saigon Kick contohnya).

Asalnya tidak berapa suka. Tetapi setelah beberapa kali pendengaran saya rasakan sedap juga. Solo-solo George Lynch memang hebat dan tak boleh dipertikaikan. Cumanya kali ini beliau lebih kepada "team player" berbanding "gitar hero".

Kalau nak dibandingkan dengan album baru Dokken yang lebih mudah menangkap, yang ini lebih "grower". Semakin lama dengar mungkin akan lebih jatuh suka. Tambahan pula vokalisnya, Gabriel Colon mempunyai vokal yang bagus. Maklumlah masih muda. Ada masanya beliau kedengaran seperti Axl Rose

Bagus! 

 

1 comment: