Saturday, January 16, 2010

Holy Diver



Ada sapa2 tak kenal Ronnie James Dio?..membesar di zaman 80an…kalau tak kenal mamat ni memang korang dulu Mat Diskang la…boleh dikatakan dikalangan bebudak melayu kat sekolah aku dulu…lagu Holy Diver dan Don’t Talk To Stranger tu kira memang anthem la zaman tu…walaupun aku tak paham apa bendalahnya lirik lagu Holy Diver tu (err…sampai sekarang pun aku masih blur ngan lirik ni…haha..).


ni antara koleksi terawal DIO aku...kaset apache ler...apalagi

Di penghujung zaman Duran Duran aku …album Holy Diver dari Dio lah antara penyebab yang aku minat muzik rock/metal…memang besar pengaruh album ni kat aku dulu..salah satu album kegemaran aku ni..so bila aku start kerja…ini lah antara cd terawal yang aku cari selain cd2 Iron Maiden…

Bagi aku semua lagu dalam cd ni best…takder filler2…terutama lagu2 seperti Holy Diver, Don’t Talk To Stranger, Rainbow in The Dark, Stand Up Shout, Straight Through The Heart…dulu2 aku hafal semuanya…


1st pressing ni...tak main arr remastered version..hehe

Satu lagi yang menarik tentang album ni selain vocal Dio yang power tu dan lagu2nya dah tentu2 la pasal Vivian Campbell…sama seperti Ozzy yang bertuah dapat Randy Rhoads…begitu jugak Dio dengan Vivian Campbell…memang best sound gitar mamat ni…dengarkan la rif2 dan solo2 dia terutama lagu2 macam Holy Diver, Don't Talk To Stranger dan Rainbow In The Dark…memang terbaek!..tapi ntah la…aku rasa macam wasted je bakat dia bila dia duk kat Def Leppard…mungkin duit punya pasal kot…

Tapi kan…lagu Holy Diver ni memang la antara all time favourite aku dan antara lagu2 rock yang kalau aku bukak kat kereta…my other half yang tak minat rock boleh ikut humming sekali..haha...itu menunjukkan betapa kerapnya aku bukak lagu ni..memang aku tak jemu2 dengar lagu ni..



Senang cerita…kalau mengaku minat heavy metal..tapi tak pernah dengar album ni atau tak pernah dengar lagu Holy Diver…susah la aku nak cakap…sendiri mau ingat la…

REKOMENDED!



13 comments:

  1. muahahaa review bias dan berat sebelah yang sangat 100% betul semuanye haha.

    walau aku personally paling suka "dream evil" tapi holy diver zaman dulu tu, budak Al-Arqam kat sekolah aku yang pakai serban putih smua sua nyanyi Holy Diver. Cammana tu? haha.

    beb, err holy diver live version yang dia main satu album tu, tak beli yang ori ke ngan dvd dia sekali?

    muahahaa

    ReplyDelete
  2. waks!peberet aii jgk ni!holy diver sape tk tau bkn rockmetaller la kn..heheh....suara punyalah power!

    dont talk to stranger feel tul rasa!!!!

    ReplyDelete
  3. penyelam suci?... apakejadah maksudnya tu? hahaha!

    don't talk to strangers tu aku mula2 dgr yg blind guardian cover, best! best! start lagu tu aku minat dio (wlupun blm ada dlm koleksi cd2 aku, cuma ada mp3)

    lagu febret dio aku ialah we rock!

    ReplyDelete
  4. dio rules! mmg album ni terbaek! aku dulu2 pun ada kaset apache ni.

    baru2 ni ja aku beli remastered cd dari abg ben.

    ReplyDelete
  5. kat rumah selalu karoke lagu "don't talk to strangers" yang versi Jatt BDB tu huhuhu...

    ReplyDelete
  6. "holy diver" di tukar ke "holy driver" masa naik bas mini dolu-dolu

    ReplyDelete
  7. dio? ape tu? band ape tu? sape ronnie james dio tu? bagus sangat ke dia? sedap sangat ke lagu dia? lagu dia selalu keluor kat radio ker?

    boleh ke aku (seorang budak yg membesor ngan lagu iron maiden, suke metallica, mendengar lagu rock kapak, kengkadang wat tande tanduk setan \m/ dan dengor radio sinar cakap cam tu...? kekekekek

    holy diver.. salah satu lagu yg selalu aku nyanyi bersame anak perempuanku yang berusia 7 tahun pade bulan 10 nanti.. apa dah ayah nih... ajor anak lagu rock lak...

    ReplyDelete
  8. holy diver album adalah iconic album dan pencetus music or guitar riff yang macam tu. memang vivian cambell guitarist yang hebat dan gua adalah peminat tegar vivian cambell siap ada solo album dia sekali. tapi sejak masuk leppard ni dia dah tak macam dulu. mungkin factor umur koy.

    ReplyDelete
  9. ini ikon heavy metal sejati ni...

    walaupun gua selalu dgr versi 'extreme' dari killswitch engage, namun versi asal ronnie cukup nostalgic.

    dulu ada sorang classmate nama roslan basiron, zaman gua sekolah, budak2 bantai panggil dgn nama bapak masing2... roslan ni kitaorang panggil 'ronnie', singkatan 'ron - basiron'.

    ReplyDelete
  10. fuyoo first press..yg remastered punya jer aku ada...ada nasik tambah interview.

    ReplyDelete
  11. dulu sapa ngaku mat rock tapi tak kenal DIO memang saja carik nahas kena tumbuk perut!

    dengo "stand up and shout" memang buat gua bediri dan menjerit ilang akal! intro Holy Diver memang berhantu. cover albumpun berhantu. sign tanduk setan lagi la berhantu. kalo amik gambo mesti buat sign tangan DIO. rock sangat la kononnye. heh!


    dalam majalah revolver(the revolver record collection), ada satu ketagori genre metal diorang cipta khas untuk DIO iaitu DRAGON METAL. harhar!

    dalam lagu WE ROCK, mr.ronnie james dio menyebut berulang kali sebanyak 28 kali lirik WE ROCK!

    yeahhhh! WE ROCK!

    ReplyDelete