Monday, August 16, 2021

St. Anger

Pendegaran rawak WFH...

Metallica - St. Anger (2003)

Hasil perbincangan dengan rakan-rakan whatsapp group blogger beberapa hari yang...saya cuba untuk kembali mendengar St. Anger (Maaf saya tidak mempunya apa-apa versi asli untuk album ini. Saya pun dah lupa dari mana saya dapat versi "Jack Sparrow" seperti gambar di atas)

Saya berhenti selepas hampir 3 suku album ini di dengar. Tak boleh hadam. Lagu-lagunya seperti tajuk album memang marah-marah. Bob Rock mentang-mentanglah dia yang bermain bass bunyi bass memang meletup. Bunyi drum Lars memang sangat "annoying". Tong drum mana la dia ketuk. Hampeh betul...

Saya rasa album ini gagal kerana tiadanya lagu pop untuk generasi Black album suka. Dan ianya juga gagal untuk menarik minat orang tua lama kerana lagu-lagunya dah berbumyi seperti Nu Metal atau Alternative Metal yang sememangnya golongan lama ini tak akan suka.

Antara album yang tak akan masuk dalam koleksi...


P/S - Yang paling untung dalam album ini sudah semestinya Kirk Hammett. Senang kerja dia makan gaji buta tak payah pikir pasal solo...ktang ktang ktang...err silap...kah kah kah...



1 comment:

  1. betul, aku sebagai generasi black/load/reload pun payah nak hadam album... tahun 2003 nasib baik beli versi kaset, kalau beli versi cd waktu tu pasti rasa nak nangis

    bertahun kemudian beli cd drp estock utk lengkapkan diskografi sahaja

    ReplyDelete