Mungkin Search,Wings atau May lebih glamer..tapi bagi aku secara peribadinya...kalau sebut rock melayu tak sah kalau tak sentuh pasal Belantara...the most underated malaysian rock band la dorang ni..aku memang minat giler..muzik dorang sangat berbeza dengan kebanyakkan band2 rock melayu lain..sangat advance..sangat melodic...susunan muzik dia memang mantap dan ada jugak yang cakap progresif ala Queensryche...tapi yang pentingnya sangat best..ini baru rock..kepada sapa2 yang tak tau..boleh lah cekidout blog dorang kat
sini
1st time tau pasal dorang masa thn 87 kot...terbaca kat sokabar Mingguan Malaysia ruangan Mama Juwie (zaman tu Mama memang rock..auwww!..hehe) ada artikel pasal satu band student malaysia kat US akan rilis album..nama band Belantara..yang aku ingat dalam artikel tu dorang cakap dorang pilih nama Belantara kerana nak bunyi melayu pasal dorang main muzik yang kebaratan..saat tu pun aku dah excited nak cekidout band ni..
Kebetulannya classmate merangkap 2nd gitaris band aku time sekolah dulu..Visva @ Ali (satu2nya budak india rock kat sekolah aku...kira dia macam Thana Metalian la...hahaha...lost kontek dah dgn mamat ni...last dengar kabo dah masuk Islam...alhamdulilah..) jiran dia adalah sepupu kepada Aziz gitaris Belantara...so bila album Belantara ni keluar je kat pasaran memang aku terus sambar..
Ketiga2 album dorang aku minat...tapi untuk entry kali ni..aku tumpukan pada album pertama yang bertajuk Belantara dulu..kerana pada aku ni album yang paling best...melodi lagu2 dia memang kuat..senang melekat kat kepala..sebenarnya rasa berat hati jugak la nak review kaset yang aku tak der versi ori...tapi nak buat camnar..zaman tu itu saja yang aku termampu...sekarang nak beli pun cari kat mana2 pun dah takder jual..at least..niat aku hanya untuk bagi promosi kat generasi2 baru yang tak pernah tau pasal dorang..(dengar kabo..dorang tgh berusaha nak yakinkan Universal Music untuk keluarkan Box Set tiga2 album dorang dalam bentuk cd...tapi macam senyap jer..harap2 jadi la..)
tahun tu aku masih sekolah...dapat 50sen je duit sekolah sehari..ikat perut hari2 nak beli kaset punya pasal..maka hanya kaset pirate ni jer yg mampu aku beli..RM2.50 ajer..seminggu ikat perut tu..huhu..
Satu yang aku sangat respek kat diorang...semua lagu/lirik dorang sendiri yang buat..akhirnya kan..ada jugak band rock melayu yang dapat lari dari lagu2 M.Nasir...zaman tu tau2 jer la..semua nak suh M.Nasir buat/terbit...tapi sempat jugak M.Nasir menyelit produce bab vocal untuk lagu Dewi...dengar ceritanya kebetulan M.Nasir berada di Lion Studio (Spore)time dorang recording dan berkenan pulak dengan lagu ni..terus dia volunteer produce...Album ni diterbitkan bersama oleh mereka dan Hillary (Search)..semua lagu muziknya dimainkan oleh mereka sendiri untuk rakaman ni kecuali untuk drum,keyboard,piano dan sedikit gitar akustik...sangat2 berbakat dorang ni...macam aku cakap awal2 tadi la...ni baru betul2 rock..Search Wings pun harap lagu orang lain...
Walaupun sora Zaid vocalistnya tu bukan lah terbaik..tapi dari segi buat lagu dan lirik memang aku respek dia ni...hebat..kira macam Mustaine la...vocal lagu2 Megadeth ada macam tak kena jer kat telinga aku...tapi bab melodi dan muziknya terbaek..gitu la jugak ngan Belantara ni..Dari segi susunan muzik..memang superb ..guitar work Aziz memang terbaek..banyak solo2 dan rif2 yang menarik..dan pemain bass mereka Shuk...aku rasa adalah antara yang terbaik kat Malaysia..tabik!
kalau korang gitarist..ni album memang sesuai..gila banyak dan panjang solo2 Aziz dalam album ni..lagu2 slow masih ada rif2 dan distortion gitar yang berat...memang aku rekomen la..
cuma rasa pelik ya...kenapa mereka kurang popular?..kurang promosi?..ntah la..radio pun jarang putarkan lagu dorang..tapi tak kisah la...janji aku suka...kerana tersangat minat punya pasal..dan tak der filer2 semua...aku review satu2 lagu..ni review santai..bukan review teknikal..ikut suka tekak aku..
Side A (ni ikut kaset la..)
1-Belantara
Perfect untuk opening..dengan riff intro yang agak dark..sesuai ngan tajuk lagunya..tambah pulak bassline dia yang layan..memang best...pembukaan yang menaikkan semangat..
2-Kepangkuan Ibunda
Lirik dia menyentuh perasaan..kalau duk obersea..sorang2..mau menangis dengo lagu ni...huhu..sebuah lagu ballad yang best..intro bass yang menarik..susunan muzik dia pun best..memang layan.
3-Jebat
lagu ni memang jadi anthem untuk aku zaman sekolah dulu..kabarnya lagu ni la yang part gitar akustiknya dimainkan oleh Hillary..paling best part masa solo berlawan antara gitar akustik dan gitar letrik tu..lirik yang menarik..pandangan generasi baru terhadap Hang Jebat...Jebat bukan penderhaka...tapi beliau adalah wira..
4-Jiwa Perajurit
Sebuah lagu patriotik..sesuai dengar bulan2 merdeka macam sekarang ni..start dgn slow dan bertambah berat pada part chorus dan solo...sekali lagi susunan muzik dia memang aku suka..
5-Sutra
Ada tak melodi yang kalau korang duk rilek2 asik2 teringat..tak tau kenapa..ada 2 lagu Belantara yang selalu melodi dia bermain2 kat kepala aku..salah satunya lagu ni..part korus tu mmg selalu terngiang2 kat kepala aku..mungkin pasal melodi dia kuat kot..sebuah lagu ballad yg best...jika diberi peluang..selalu masuk radio..mungkin boleh popular kot..ni la satu2nya lagu yang solo gitar dia pendek..tapi tetap menarik..
Side B
1-Jentera Pemusnah
Sebuah lagi lagu heavy yg aku suka..susunan muzik yang best terutama part intro..dan solo yang panjang...memang layan la..
2 Dewi
Tak tau kenapa..tiap kali dengar lagu ni..aku teringat Bon Jovi zaman s/t atau pun 7800 fahrenheit...mungkin pasal bunyi keyboard dia...atau gitar ala2 Richie Sambora..atau pun feel lagu tu kot..guitar work yg best..sekali lagi Aziz mendominasi..sebuah lagu midtempo yang aku suka..melodi yang layan...dari zaman Sek Men hingga ke ITM..kawan2 yang berlainan...tapi setiap kali jamming gitar tong mesti terselit lagu ni..lagu fav. aku..padanla M.Nasir pun terpikat..
3-Rintihan Menara Gading
Ni lagu anthem la pada sapa2 yg study obersea..lirik dari pengalaman dorang la ni..maklum la masa album ni dibuat..dorang masih study kat US lagi..sebuah lagi lagu slow yang best...ni walaupun lagu slow tetap ada sound gitar yg berat..
4-Nostalgy
"Tika dingin pagi
Kabus menutup diri
Mentari bagai segan
Menunjuk siang
Bayu samudera menegur daku
Lantaran inginkan berpuisi
Jernihnya embun di hujung daun
Saling seperti mutiara pagi"
lagu slow yang liriknya sangat la puitis..tabik buat Zaid...ni satu lagi lagu yg selalu terngiang2 kat kepala aku..solo dia pun best...cuma rasa ada part yg stop sekejap sebelum sambung solo gitar tu ada feel macam lagu Nobody Fool- Cinderella..ni pun fav. aku..
5-Negaramu Yang Utama
aku suka intro lagu ni..dorang ni part susunan muzik memang terbaek...satu lagi lagu patriotik yang layan..sebuah lagu heavy yang perfect untuk penutup dan buat aku rasa nak bukak balik side A untuk dengar lagi dan lagi (ni zaman walkman/radio kaset dula la..)
Memang aku rekomended dorang ni...aku try cari kat youtube...malangnya aku tak jumpa lagu2 dari album ni...kepada sapa2 yang tak pernah dengar...rajin2 la google...ada beberapa tempat yg korang boleh sedut..rasanya Belantara pun tak kisah...mana nak dapat lagu2 ni sekarang kan.
ntah bila kalau aku rajin..aku rebiew album no 2 ni pulak...