Monday, August 16, 2010

Man of Miracles

Bulan puasa ni rasa malas gila nak update blog...kering idea betul la...tapi dah tu hari tercerita pasal Damn Yankees dan Tommy Shaw dari kumpulan Styx...teringat pulak aku lagu2 lama Styx...terutama era sebelum Tommy Shaw join...maza zaman2 70an dulu...lagipun dah lama tak cerita pasal muzik 70an kan...



Sebelum ni aku kenal Styx untuk era tahun2 80an ajer dengan lagu2 popular dorang macam "Mr Roboto", "Don't Let It End", "Show Me The Way"...tak tau pulak dorang ni dah lama ujud dari awal2 tahun 70an lagi...beberapa tahun lepas masa aku mencari mp3 best of dorang terjumpa pulak aku satu koleksi best of dorang dari era 70an...sekali dengar jer aku terus tergoda...layan sungguh....dari situ aku mula meminati lagu2 era 70an dorang dan mula menyedut setiap satu album mereka...

Salah satu lagu yang menarik minat aku...ni kes sekali dengar terus jatuh cinta...adalah lagu Man Of Miracles dari album yang sama tajuknya iaitu album no 4 Styx dari tahun 1974...(ramai antara korang lum ada pun time ni kan...hehe)

lagu ni memang jauh berbeza degan zaman AOR mereka...macam 2 kumpulan yang berbeza pulak...lagu ni mempunyai unsur2 epik/progressif rock yang kuat...dengan organ semua...sikit2 macam Black Sabbath pun ada...kira 70's power metal kot...memang best la...aku suka sound gitar dan drum dia...tak caya try layan ni..



banyak lagi lagu2 dorang yang best dari zaman2 tu...antaranya "You Need Love", "Lady", "I'm Gonna Make You Feel It", "Best Thing" dll...try la korang dengar...bagi aku Styx ni one of the greatest band to never make it big...period !!!

7 comments:

  1. malas malas pun aku tengok hari2 jugak update ;)

    ReplyDelete
  2. tak ler hari2...tapi dah banyak la pulak waktu free...malas2 pun terupdate jugak...hahaha...

    ReplyDelete
  3. STYX ni dulu aku tak suka betul lagu BABE I Love You ...

    tapi zaman berubah kan hehehehhe
    dari tak suka jadik suka pulak

    ReplyDelete
  4. ..bila dah feeling2 rock 70's ni, jgn lupa Uriah Heep dgn ZZ Top...

    huh, cakap pasal Uriah Heep, dah beberapa hari ni asyik humming lenggok Lady In Black je....

    ReplyDelete
  5. Portdy...sama dengan...

    Eddie...lu sebut sebut ZZ Top...gua dah terngiang2 lagu Rough Boy...

    ReplyDelete
  6. aku ingat styx aku ingat lagu babe haha

    ReplyDelete
  7. band AOR yang hebat bersama foreigner, bad.co, air supply dan asia. mr.roboto

    ReplyDelete