Monday, August 2, 2010

Seasons in the Abyss

Satu lagi album yang aku suka dari tahun 1990...album ni bersama sama dengan Rust In Peace dan Never Neverland adalah antara album yang berbulan asyik berputar jer dalam walkman phillips aku dulu....



Aku rasa sesapa yang into metal/thrash mesti konpem dah dengar album ni punya...kalau belum...baik gi dengar Nasier Wahab jer....hahaha...(jgn marah arr Ijau :P)...so tak yah la aku nak review detail2 sangat...tapi untuk sapa2 yang mungkin tak pernah dengar...Seasons in the Abyss adalah album ke 5 Slayer...dan ini adalah album last klasik line-up bersama Dave Lombardo sebelum dia blah pastu join balik Slayer beberapa tahun yang lepas...

Aku rasa album ni paling senang peminat Slayer nak masuk...tak kira dorang dari zaman yang suka laju2 macam album Reign In Blood ataupun yang suka melodic dari zaman South Of Heaven...kerana kedua2 unsur tersebut ada dalam album ni...ini adalah antara faktor utama menyebabkab album ini adalah album Slayer terbaik/paling suka bagi aku...period!.

Semua lagu pun best...memang syok untuk anguk2 kepala...tak perlu nak skip2 layan dari track no 1 sampai abis...riff2 sedap yg senang hadam...ketukan drum Lombardo yang padu dan yang menariknya bagi aku vocal Tom Araya adalah yang terbaik dalam album ni...lagu War Ensemble dan Seasons In The Abyss bagi aku adalah antara yang terbaik pernah dihasilkan oleh mereka...



Sayangnya album2 mereka yang seterusnya bagi aku gagal meneruskan momentum Seasons In The Abyys...lagu2 mereka menjadi membosankan dan mula menjadi trendy dengan unsur2 nu-metal...sama kes macam Sepultura la ni...aku stop dengar Slayer selepas album Diabolus In Musica...

****Satu yang aku tak leh lupa...sesekali time cuti semester...(selepas SPM, band aku zaman2 sekolah semua berpecah belah semua gi further study ntah mana2...) kita orang akan berkumpul jamming kat B Sound Studio, Komtar JB pekena lagu2 dari album ni...kalau tak silap yang jadi lagu wajib "Expendable Youth" dan "Seasons in the Abyss" serta lagu2 Metallica...pergh...rindunya zaman tu...

6 comments:

  1. aku ada satu kawan time sekolah dulu, dengar slayer kuat giler, dia cakap kalau boleh dia nak dengar anggota slayer tarik nafas breathe in breathe out kalau boleh kat rakaman tu..
    haha...

    ReplyDelete
  2. Slayer never slayer...!!!

    zaman muda2 dulu gua pnah dajalkan sorang budak surau, housemate jugak, gua dgn dua lagi rakan tangkap dia, ikat atas katil dgn tgn dan kaki tambat dgn tali terlentang setiap penjuru katil, tutup lampu dan pasang 2 batang lilin (malam)... pintu kuncikan dari luar.

    lu bayangkan kalau lagu Holy Diver je dia dah menjerit sambil laung azan, inikan pula lagu2 Slayer, sebelah2 jiran cina, haram takde sapa perasan.

    tu Taman Sri Bahagia kat Jalan Tampoi tu... yg turut join, budak2 Oriental Assemblers (kilang Honda)

    ReplyDelete
  3. terbaik slayer
    1 Reign in Blood
    2 Hell Awaits
    3 Show No Mercy
    4 South of Heaven
    5 Seasons in the Abyss
    lain2 dah kureng

    ReplyDelete
  4. last album slayer gua follow - divine intervention.. itu pun dah x beberapa masuk sgt pasal bostaph main x sehebat lambardo..

    ReplyDelete
  5. deaf...dedulu aku pun mmg suka dengar kuat2...tp sekarang rasa macam bingit pulak...adakah itu tanda2 dah jadi org tua...hahahaha...

    Eddie...Tmn Sri Bahagia sekarang penuh ngan Bangla,Nepal dan Vietnam...international betul la..

    Mhagnoth...Hell Awaits dan Show No Mercy tu aku tak berapa suka sound dia..

    Gun Slinger...lepas divine intervention aku masih berharap yg terbaik dari Slayer...selepas Diabolus in Musica...aku give up dah...Slayer dah jadi bosan...

    ReplyDelete
  6. gua tak penah bosan dengan slayer kerana cover, lagu dan lirik kontroversi, belasahan drum yang dahsyat dan twin gitar attack yang zalim. lagi satu kerana vokal tom araya yang tak penahnya baik. itu yang best. harharhar!

    season in the abyss menjadi album of the month dan album of the year 1990 pilihan metal hammer dan beberapa majalah metal yang lain.

    " it's about a man who killed loads of people..."
    ujar mr. tommy pasal lagu 'dead skin mask'

    SLAYER ARE A PHENOMENA!

    ReplyDelete