Friday, November 30, 2012

How the Gods Kill

Lagi cerita pasal album yang dah 20 tahun.



Danzig 3: How the Gods Kill (1992)

Sama sepert kes kaset The End of Silence - Rollins Band, ini jugak adalah kes trial and error. Bezanya yang ini saya suka hinggakan cdnya pun saya ada.

Saya mengetahui Misfit melaui Metallica tetapi saya tidak pernah betul2 mendengar lagu2 mereka secara serius. Perlu diakui saya kurang mendengar muzik punk. Kaset ini saya beli semata2 kerana ingin mengetahui bagaimana muzik Danzing  selepas terbaca review yang positif dari majalah2 metal yang saya baca.




Ternyata ini bukan punk. Danzing 3 muziknya lebih ke arah heavy metal dengan elemen2 doom dan blues. Soundnya yang heavy lagi catchy dan di tambah pula dengan gitar work hebat dari John Christ menjadi penyebab kenapa saya menyukai album ini.

Boleh dikatakan hampir semua lagunya saya suka tetapi antara yang menarik adalah Anything, Bodies, Dirty Black Summer dan Do You Wear The Mark.

Selepas dari ini, saya mula menjejaki album2 Danzig yang awal tetapi saya agak kurang mengemarinya kecuali mungkin lagu Mother. Bagi saya kalau nak dengar Danzig, inilah album yang patut di cari.





6 comments:

  1. 1. album 'heavy' yg mula2 aku dgr slps album blek metalika (abg takilala punya)
    2. kat mana ko beli cd ni?
    3. kenapa album art fokus kat 'benda' tu? ;)
    4. kenapa xbuka abis 'poster' yg ada?
    5. aku xbrani nak beli dari ebay, takut kena tahan KDN

    ReplyDelete
  2. danzig = the improved version of Misfits...well pada pandangan aku la

    ReplyDelete
  3. Ijau...
    1.beli kat ebay
    2.Album ni memang kavernya cengitu.Takder tajuk takder tulis apa2. Ia sebahagian drpd "poster"...belakangnya lirik dan gambo band member...
    3.Sorry...aku tersalah attach gambo tadi. Gambo no 2 tu adalah rupa posternya bila dibuka.
    4.Album ni dulu kasetnya ada di jual di kedai2 kaset Malaysia...so aku rasa sepatutnya takder hal dgn KDN...tapi benda ni nasib la jugak kan...lagipun kavernya tak tulis apa2...so kalau KDN bukak pun dia tak tau apa2.. ;)

    ReplyDelete
  4. aku tahu danzig ni semua dari tulisan2 mengenai metalica. kalo tak, tak tahu la.

    ReplyDelete
  5. Green hell / last cares yg metallica cover tu lagu diorang gak kan

    ReplyDelete
  6. antara personaliti dalam dunia metal/punk paling gelap, berpengaruh dan mengerunkan pernah gua temui selain mr.alice cooper.
    gua suka mr. danzig dan bandnya. sangat teruja dengan persona yang dibawanya. lebih2 lagi bila menggunkaan ilustrasi mr. h.r. giger yang kontroversi sebagai cover album ni. lebih mengujakan bila bekerjasama dengan mr. simon bizley dalam projek komik verotik dan ilustrasi cover . ARHHHHH!

    dirty black summer

    ReplyDelete