Friday, November 23, 2012

The Amazing Spider-Man




The Amazing Spider-Man (2012)

Ini versi reboot. Maknanya versi baru yang dibuat semula. Tiada kena mengena dengan 3 siri asal Spider Man arahan Sam Raimi. Kini  ianya di bawah arahan Marc Webb. Orang yang membawa kita (500) Days of Summer.

Pastinya ada yang pro dan kontra. Bagi saya ianya terlalu awal untuk di reboot. Sememangnya versi Sam Raimi dan Marc Webb ini ada kelebihan masing2. Kalau ikut pandangan saya ada beberapa perkara yang menyebabkan saya menyukai versi ini dari yang lama.

Pertamanya Adrew Garfield. Saya berpendapat lakonannya jauh lebih baik jika dibandingkan dengan Tobey Maguire. Keduanya Gwen Stacy. Saya menyukai watak Gwen Stacy lebih dari Mary Jane walaupun Kirsten Dunst (salah seorang pelakon wanita favourite saya) yang memegang watak tersebut. Emma Stone sebagai Gwen Stacy jugak tidak mengecewakan saya. Nampaknya saya perlu mengantikan Kirtsen Dunst yang semakin berusia dengan Emma Stone yang lebih muda sebagai pelakon wanita favourite saya...hahahaha...

Satu lagi saya rasakan perkembangan watak2 dalam Spider Man kali ni lebih baik contohnya watak Uncle Ben ( Bukan Dr Ben yer.. :D ) lebih diberikan perhatian berbanding versi Sam Raimi.

Terpulanglah versi yang mana. Itu masing2 punya selera. Tapi saya ingin melihat Superman versi reboot pula...



6 comments:

  1. superhero dulu2 mmg warna-warni


    btw, slalu layan ultimate spiderman yg bangang kat disney XD hahaha

    ReplyDelete
  2. 2 versi... kalau ada group...mau bertekak siapa the best actor,actress bla bla bla...

    ReplyDelete
  3. untuk filem ini,saya ada dua pendapat:

    Pro - story telling lebih bagus dan menarik dari versi Sam Raimi dan semestinya lakonan Emma Stone semakin improve semenjak acting dia dalam filem Easy A dan Zombieland. Btw, she is far more hot than Kirsten Dunst

    Con - pada mulanya aku mengharapkan lakonan Andrew Garfield sama hebatnya masa dia berlakon dlm filem Social Network,tapi jangkaan aku meleset, lakonan dia agak sedikit spastik dalam movie ni. I still prefer Tobey Maguire.mgkn disebabkan Toby punya feel lebih innocence dan vulnerable. Btw, agak terlalu utk reboot movie ni...

    ReplyDelete
  4. typo....agak terlalu awal untuk reboot hehe....

    ReplyDelete
  5. Baju spiderman yang baru ni lawa sikit dari yang dulu

    ReplyDelete
  6. wak pon dh tengok versi reboot jugakk..ahhkks

    ReplyDelete