Tuesday, November 20, 2012

This is our year

Awas..ni bukan pasal Liverpool....heheh..



Jarang rasanya aku nak ambik tau pasal pasal perpindahan pemain Liga Malaysia. Lainlah kalau ianya pasal English Premier League. Tapi semenjak 2menjak Johor tetiba jadi kaya macam Manchester City...berita perpindahan pemain ni bukan takat aku ajer...tapi kat mana2 pelesuk Johor benda ni jadi cerita hangat...tak kisah la poser ker lalang...kalau team bagus...konpem penyokong akan datang.

Bagi aku ianya ada pro dan kontra. Pronya ia memang berita gembira untuk peminat bola Johor. Dah berapa lama bola Johor merundum. Teringin betul aku nak pegi Bukit Jalil nengok Johor main final Piala Malaysia. Tahun 1985 dan 1991 dulu aku masih pelajar..memang seumur hidup belum pernah merasa...harapnya tahun depan dah bolehlah rasanya reserve satu tiket untuk aku...hahaha...

Kontranya ini bermakna berakhirlah pasukan Johor FC. Bukan sahaja nama tukar jadi Johor tapi logo dan maskotnya juga. Tiada lagi jersi oren dan Sang Lebah. Pengurusan dan pemainnya jugak 100 peratus berubah. Malah stadiumnya jugak dah bertukar ke Larkin. Tapi yang ni ok la. Pasir Gudang tu kecik...takat 10,000 jer boleh sumbat, parking pun sempit, Larkin beso dan lebih selesa. Tapi memang sedih la, lama dah aku follow Johor FC.

Apa yang aku tau, Johor FC yang main kat Liga Super jadi Johor manakala Johor FA yang main kat Liga Perdana akan jadi Manchester Johor United. Pemain2 Johor FC pun semua serap kat Johor United dan main kat Pasir Gudang. Kira dorang swap la. Aku tanya member2 yang keje JohorCorp dorang semua dah tak terlibat dengan bola lagi...pengurusan dah kena ambik alih...tapi dengo kabonya duit tetap kena bagi...

Apa2 pun pasukan Johor ni memang dream team la...dengan Daniel Gonzalez Guiza dan Simone Del Nero (rasanya ini lah bintang beso main kat Malaysia lepas Tony Cotte kat Selangor tahun 90an dulu). Tambah pulak dengan star2 Malaysia Safiq Rahim, Mohd Aidil Zafuan, Zaquan Adha Abd Radzak, Azmi Muslim, Muslim Ahmad, Nurul Azwan Roya dan berkemungkinan Mohd Khyril Muhymeen dan permain tebaik tahun ni Norshahrul Idlan Talaha...team ni kalau satu piala pun tak menang tahun depan...memang aku tak tau nak cakap apa la...

Ada yang cakap ini langkah yang tak baik. Mematikan pembangunan bolasepak remaja Johor. Tapi pada aku ini zaman pro. Jadikan Chelsea sebagai contoh. Untuk menarik penyokong, kena menang cepat. Untuk menang cepat kena beli star. Dari situ baru pelan2 kita bina pemain remaja. Pembelian pemain bintang dan pembangunan remaja pelapis seharusnya selari selepas kejayaan tahun pertama. Bukan sebaliknya ...kita boleh mencipta bintang...tapi lambat...dan kalau nasib tak baik akhirnya disambar orang (contoh Arsenal)...

Zaman bolasepak pro mana ada derhaka...Aku memang tak paham bila Anuar Musa cakap ada pemain derhaka bila nak join pasukan lain. Macamama la bola Malaysia nak maju bila pengurusannya masih berfikiran lama. Tak pernah pulak Sir Alex cakap Ronaldo derhaka...atau ada ker Arsene Wnger cakap Robin Van Persie derhaka?...



Walaupun sedih tiadanya lagi Johor FC...yang marah2 pun ada...tapi bila team ni esok jadi juara...rasanya ramai jugak yang akan lembut hati....bagi aku tak apa la...kalau ini boleh membantu kebangkitan pasukan Johor...aku akur menerima...


HARIMAU SELATAN...LUASKAN KUASAMU!!!!




10 comments:

  1. FANDI!!!!!

    COME BACK!!!!!

    WE NEED YOU!!!

    Ngan Filipin pun dah kalah dah....

    ReplyDelete
  2. shanana shanana hey hey johor!
    shanana shanana hey hey johor!!
    shanana shanana hey hey johor!!!

    ReplyDelete
  3. Deaf...salah FAS jugak...layan Fandi mcm anak tiri...

    PC Kokak...yeargh...lama dah tak nyanyi lagu ni...

    ReplyDelete
  4. alamak...blog SOKERNET ke nih?? apapun all the best!!....

    ReplyDelete
  5. Yeaa..luaskan kuasa mu johor!

    ReplyDelete
  6. skuad Ngap Sayot (sarawak) patut buat strategi mcm Johor gak la rasanya...anyway, aku suka masa MU lwn Arsenal hari tu,lepas ajer game,RVP dgn rasa hormatnya bersalam dgn Arsene Wanger,respek dgn boss lama...itu baru pro! GGMU!

    ReplyDelete
  7. Speedrider...Alamak typo...ok dah betulkan...Tq.

    ReplyDelete
  8. bangga wa dgn bro tt...ingat lg zaman kanak2 dengo live pakai radio then sekali sekala pg larkin tgk bola...sekarang masa utk naikkan kembali skuad JOHOR lepas lama dicemari dgn pengurusan yg korup.terima kasih TMJ! idup JOHOR!

    ReplyDelete
  9. bangga wa dgn bro tt...ingat lg zaman kanak2 dengo live pakai radio then sekali sekala pg larkin tgk bola...sekarang masa utk naikkan kembali skuad JOHOR lepas lama dicemari dgn pengurusan yg korup.terima kasih TMJ! idup JOHOR!

    ReplyDelete