Friday, December 7, 2012

rio

Album pop terbaik yang dah 30 tahun.


Duran Duran - Rio (1982)

Saya telah didedahkan dengan muzik rock ketika saya disekolah rendah lagi. Tetapi ketika saya benar2 berminat dengan muzik bukannya berkubang mandi paya atau ber"bmx"(tahun 1983), saya dihidangkan hampir saban hari dengan muzik Duran Duran (angkara abang saya). Sebab itu tak hairanlah kalau pada ketika itu saya mengangap  Duran Duran adalah the best band in the world.

Walaupun Seven and the Ragged Tiger adalah album penuh Duran Duran pertama saya tetapi lagu-lagu dari album Rio lah yang mengenalkan saya kepada mereka. "Rio", "My Own Way", "The Chauffeur" dan terutamanya sekali "Hungry Like the Wolf" dan "Save a Prayer" akan sentiasa membawa saya kembali menjadi budak 13 tahun yang mengimpikan rambut ala-ala John Taylor...heheh...



Bagi saya ini adalah album terbaik mereka kerana selepas daripada album ini muzik mereka lebih kepada sound synthesizer. Kerja gitar Andy Taylor masih jelas kedengaran dan yang paling saya suka, John Taylor membuktikan dia bukanlah sekadar berwajah jambu. Dengarkan sound bass dia, memang meletup-letup.

Selepas 30 tahun, saya masih tetap sama. Saya masih berangapan mereka adalah the best band in the world....tapi untuk kategori pop la...



13 comments:

  1. kalau x silap aku muzik video Duran Duran utk lagu Rio tu diorang perform atas bot mahal sambil dancing2 sikit...perghh klasik bro cd ni! Kalau tak silap lagu Hungry Like The Wolf tu lagu tema james bond...sorry la kalo tersilap...hehe

    ReplyDelete
  2. Adi...lagu james bond tu A View To A Kill.

    ReplyDelete
  3. Ijau...kat kampung aku durian berbuah 2 kali tahun ni..

    ReplyDelete
  4. aku mggu lps smpi muak mkn durian kat kmpg mrs. ijau (imago aku pun masih bau durian)

    ReplyDelete
  5. dulu aku ingat nama band ni DURIAN DURIAN... hahahah....

    ReplyDelete
  6. Aku peminat duran duran generasi the wedding album,

    Bro, try tengok kat utube depa main live 2011. Still got the groove

    ReplyDelete
  7. Portdy...tu hari astro ada tayang...tak sure adakah benda yang sama...lupa dah kat chanel apa...tapi memang best...sayangnya Andy takder...

    ReplyDelete
  8. kalo The Album Wedding tu ada lagu Ordinary World kan?

    ReplyDelete
  9. kalau dulu yang selalu dengar lagu yang di pasang oleh jiran sebelah rumah dulu lagu duran2 ni,lagu the reflex,hungry like a wolf,a view to a kill..lepas tu lagu come undone tu jadi hit pulak terus minat jugak kat duran2 ni..

    ReplyDelete
  10. aku ingat ko nak ceta pasal katun Rio tu, aku dah excited giler haha.

    tapi ni pun ok la.
    Duran2 kat rantau ni masih banyak peminat wooo
    makcik2 kakak2 tu semua haha.

    ReplyDelete
  11. Deaf...katun rio tu aku lum tengok lagi...so takleh la nak buat cerita..

    Btw...duran duran ni pakcik2 pun ramai yg suka...heheh.

    ReplyDelete