Friday, December 14, 2012

Utopia Banished

Lagi yang dah capai 20 tahun



Napalm Death - Utopia Banished (1992)

Grindcore bukanlah kegemaran saya. Sebab itu bila pertama kali mendengar Scum, saya agak kurang berminat dengan Napalm Death. Tetapi segalanya berubah bila mereka mula bermain death metal ala Florida   terutamanya untuk album Harmony Corruption.

Utopia Banished adalah kesinambungan dari Harmony Corruption. Walaupun ada yang berkata mereka kembali bermain grindcore tetapi bagi saya yang buta genre ni Utopia Banished adalah lebih kepada death metal. Saya bukanlah pandai tetapi sound gitar Mitch Harris dan Jesse Pintado memang berbunyi seakan2 sound band death metal. Mana mungkin dorang bermain seperti Scum lagi selepas Mick Harris, satu-satunya band member asal di era Scum juga meninggalkan mereka.


Walaupun saya lebih menyukai Harmony Corruption, tetapi ada juga beberapa lagu dari Utopia Banished yang pada saya best. 'The World Keeps Turning', 'I Abstain', Idiosyncratic dan 'Dementia Access' adalah diantaranya. Pada saya mendengar lagu2 ini di waktu memandu adalah sangat menyeronokkan tetapi mendengarnya sambil memandu di jalan2 yang ada kamera AES adalah amat tidak di galakkan...heheh...




**Sehingga kini, saya tidak mempunyai walaupun satu cd Napalm Death. Ketika saya kemaruk mengupgrade kaset2 saya ke cd. Saya lebih mengutamakan band2 heavy metal 80an termasuk band glam metal seperti Poison...hmmm...mungkin juga saya seorang poser...heheh... 





6 comments:

  1. saya ada kaset ni... nak layan lagi... dengar Mentally Murdered EP...

    ReplyDelete
  2. aku ingatkan review kaset kumpulan u-topia (mithali cintaku)

    ReplyDelete
  3. kalau bercerita pasal Napalm Death dan kita semua duduk semeja, aku rasa sampai pagi esoknya tak habis topik ni haha...aku antara ribuan fan ND di dunia ni dan album adalah di antara yg rare kalo dilihat dlm versi kaset...ya betul album Scum mgkn kedengaran agak x terancang akan tetapi vokal Lee Dorian lebih mantap dari Mark Greenway...Harmony Corruption dan album ini menunjukkan bahawa pada asalnya dahulu grindcore adalah genre yg boleh dikatakan kawan rapat death metal dan ianya adalah seimbang dari segi sound. Cuma selepas kemasukan era Crusty dan New Wave Grindcore (mcm Wormrot) nampak sgt ianya lebih ke arah hardcore dan punk rock...In Grind We Trust...oh ya Mick Harris masih lagi drummer pilihan aku dlm sejarah penubuhan ND...

    ReplyDelete
  4. Faizal...antara yg sedang di cari...rasanya dah hampir 3 suku album band2 rock 80an yang aku suka dah berjaya di upgrade ke cd...sekarang tengah cuba untuk yang thrash/death metal pulak...tu pun kalau ada bajet la...

    Ijau...U-topia pun ok gak...abang aku pernah berkawan ngan arwah GS (gitaris)...sayangnya aku takder pulak kasetnya untuk dicerita...

    Adi...alamak...bila fan ND dah bersuara...aku setuju ajer la...heheh...

    ReplyDelete
  5. paling best classic line up..Dorrian,Steer,Embury dan Harris.

    ReplyDelete
  6. Dpt tgk diorg live depan mata dua kali kat KL masa tu mmg best. Dpt gak tgk Pintado beraksi. Gila aa ni band. Album Utopia Banished ni masa mula beli masa tu bila tgk yg drummer bukan Mick, terus rasa mcm susah nak hadam...tp last2 hadam gak, Napalm Death ooo.....
    Lagu fav aku sampai skrg kalau ND ni tak lain tak bukan...You Suffer (Scum)....jom Berteromber, kita bwk jamming ni lagu

    ReplyDelete