Sunday, February 3, 2013

Hit and Run

Hit and Run (2012)


Ada 2 sebab kenapa saya meng'dowload" dan menonton filem ini. Pertama, kerana posternya yang menarik dan keduanya Bradley Cooper (kes baru lepas menonton 'Silver Linings Playbook')

Ternyata ianya sebuah filem komedi aksi yang tak mengecewakan saya. Nak kata best sangat pun tak juga tetapi mana-mana filem yang ada  bab pasal aksi berkereta dan mengunakan pula muscle car (dalam filem ini hot-rod 1967 Lincoln Continental) memang mengujakan saya.

Hero filem ini bukanlah Bradley Cooper. Tapi semenjak meletup dengan The Hangover, memang jarang nak jumpa dia berlakon sebagai pelakon pembantu dan berwatak jahat. Tetapi hero filem ini adalah Dax Shepherd. Filem ini ditulis dan diarahkan bersama oleh beliau. Perlu diakui beliau sememangnya seorang pelakon yang bagus, sayangnya beliau masih belum mendapat sebuah filem yang betul-betul boleh melonjakkan namanya. (untuk makluman kereta Lincoln yang di gunakan dalam filem ini pun adalah milik beliau)

Keserasian beliau bersama heroinnya Kristen Bell memang tak dapat di nafikan. Maklum lah mereka memang pasangan kekasih di luar filem. Tetapi yang benar-benar mencuit hati saya adalah watak lakonan Tom Arnold. Memang melucukan.

Kesimpulannya....Sebuah filem komedi aksi yang OK la.




7 comments:

  1. Nak tengok citer ni punya pasal la budak cina tu ckp dah clear copy,sekali wayang copy di jualnya..hampeh tul

    ReplyDelete
  2. mcm aku ckp dulu, kalo u minat Bradley Cooper, kena carik movie dia yg bertajuk "Midnight Meat Train" masa tu dia blm femes lagi....memang seram gak la plus storyline yg menarik

    ReplyDelete
  3. Faizal...sedut rules!!!

    Rafi...dah bertahun tak beli sejak2 pandai menyedut...

    Adi..yer..aku dah tengok...lama dah dulu...russian press lagi..tu jam US lambat rilis...

    ReplyDelete
  4. menarik. dah beli . belum tengok



    Midnight meat train? ada brad cooper...aku kena tengok balik ni...


    cite dia memang ohsem

    ReplyDelete
  5. portdy...oooo....ingatkan minat yang pompuan2 ajer...heheheh...

    ReplyDelete
  6. Yes bro...
    i pun baru nak cakap pergi tonton midnite meat train a very good horror movie released in 2008...
    a clive barker story

    ReplyDelete