Friday, February 22, 2013

Lincoln

Misi menjejaki filem2 yang tercalon sebagai filem terbaik untuk Anugerah Academy Awards 2013.
Yang dah tengok : Silver Linings Playbook, Argo, Life of Pi, Beasts of the Southern WildAmour



Lincoln (2012)

Ini adalah antara filem yang favourite untuk menang filem terbaik. Saya jangkakan ianya adalah kisah hidup Presiden Lincoln tetapi sebaliknya ianya hanyalah menumpukan kepada apa yang berlaku dalam lebih kurang 4 bulan terakhir sebelum kematiannya. Ianya berkisarkan usaha Lincoln supaya The 13th Amendment diluluskan dalam parlimen US. Iaitu undang-undang tentang penghapusan hamba abdi.

Menontonnya di waktu larut malam memang agak mencabar. Maklumlah cerita yang durasinya hampir sepanjang 2 jam setengah ini adalah jenis heavy drama, banyak cakap. Memang mengantuk di buatnya. Tidak dinafikan ceritanya menarik tetapi disebabkan pergerakan ceritanya yang agak perlahan (heavy drama la katakan) ianya memerlukan kesabaran.

Walaupun begitu saya cukup tertarik dengan lakonan Daniel Day-Lewis. Walaupun saya tak pernah tahu bagaimana watak Lincoln yang sebenarnya tetapi lakonan beliau sangat menyakinkan. Dan saya berani mengatakan yang beliaulah yang akan memenangi gelaran aktor terbaik di academy nanti. Kalau beliau menang bermakna ini adalah rekod, kerana belum pernah ada aktor yang memenanginya sebanyak 3 kali. Sebelum ini beliau pernah menang untuk filem My Left Foot (1989) dan There Will Be Blood (2007).










4 comments:

  1. Cerita ni aku tengok gezek dia cam best.
    Nanti la aku masuk wikipedia baca plot sypnopsis filem ni.hahaha

    ReplyDelete
  2. mamat ni kalau berlakon memang hidup wataknya... contoh Gang Of New York dan Last Of Mohican, My Left Foot pun terbaik... kisah OKU

    ReplyDelete
  3. Daniel Day Lewis, nama yg seakan2 sinonim dan menjadi buah mulut media massa setiap kali ada Academy Award...lakonan dia memang terbaik, sejak dari zaman dia berlakon The Last Of The Mohicans lagi dia memang a gifted actor...kalo dia menang lagi lepas ni for Best actor, memang rekod la...kena cari movie ni...

    ReplyDelete
  4. Aku ambik masa 2 hari layan Lincoln ni,pasal halfway selalu tetido..hehe..tapi movie ni memang terbaik

    ReplyDelete