Friday, September 4, 2015

Draconian Times

Yang menyambut ulang tahun ke 20 pada 8hb mei yang lalu...


Paradise Lost - Draconian Times (1995)

Album kegemaran Deaf. Pujian melambung beliau menyebabkan saya teruja untuk memilikinya. Tambah pula ini adalah album mereka yang paling berjaya dan paling dikenali ramai. Tak sangka pula terbeli versi special edition collectors' box.

Saya memang agak susah untuk menyukai lagu-lagu yang jenis "gloomy" dan "depressing". Walaupun intro dan lagu track pertama "Enchantment" sangat mengujakan tetapi saya tertidur ketika mendengar lagu-lagu yang seterusnya. Hampir seminggu juga baru berjaya untuk menghabiskannya. Muzik Gothic dan Doom sememangnya bukan makanan saya kecuali mungkin Cold White Light dari Sentenced. Entah mengapa saya suka betul dengan album tersebut.


Sehingga tulisan ini ditulis, saya masih gagal untuk benar-benar menyukai album ini. Tetapi yang paling menarik minat saya untuk terus mendengarnya adalah kerana melodic gitar dari Greg Mackintosh. Sejak dari album Icon, saya cukup tertarik dengan solo-solo melodic beliau disetiap lagu. Saya bersetuju dengan Deaf, solo beliau dalam "Jaded" memang asyik.

Masalah utama saya dengan Draconian Times adalah lagu-lagunya yang berbunyi seakan-akan sama. Tiada lagu yang pada pendapat saya yang benar-benar boleh melekat. Perkara begini bukanlah tidak bagus apatah lagi lagu-lagu mereka sememangnya bagus. Cumanya kalau ada sedikit kepelbagaian mungkin akan lebih menarik. Terutamanya untuk golongan yang mempunyai selera muzik seperti saya.


Tetapi yang pastinya, semakin lama saya mendengar Paradise Lost...semakin terasa yang suara Nick Holmes memang seakan-akan sama dengan James Hetfield



4 comments:

  1. ada lagu rancak pe.. Shadow King, I See Your Face hehehe
    Bagus weiiii aku giler ngan album ni, live version yang dorang main whole album 25years tu pun gerek..

    ReplyDelete
  2. klu jumpa kasetnya aku beli haha.

    ReplyDelete
  3. Aku kenal Paradise Lost pun dari album ni dulu.masa rilis dulu banyak majalah metal puji album ni

    ReplyDelete
  4. artwork dia terbaik! lawa..

    album baru, suara sudah bertukar..

    ReplyDelete