Lama dah tak bercerita pasal filem...
Maze Runner - The Scorch Trials (2015)
Seperti biasa waktu cuti sekolah melayan anak-anak menonton filem. Cuma yang berbezanya kali ini tajuk filem di pilih oleh anak yang sulong, bukannya yang bongsu. Makanya filem kali ini bukanlah sebuah filem kartun (walaupun Hotel Transylvania 2 juga sedang ditayangkan)
Pilihan anak yang sedang meningkat remaja. Maka sudah tentu filemnya juga bercorak remaja. Entah mengapa remaja sekarang begitu kemaruk dengan cerita adaptasi novel bergenre post apokalip yang sebegini. Tak jauh beza kot kalau nak dibandingkan dengan Divergent mahupun Hunger Games. Tapi remaja dulu-dulu pun apa kurangnya kan. Saya dulu kemaruk juga dengan siri Mad Max.
Nasib juga filem Maze Runner yang pertama baru-baru ini sempat saya tonton di Astro. Kalau tidak mungkin juga saya sesat sepanjang menontonnya. Pada saya kena tonton yang pertama baru mudah untuk paham jalan cerita yang ke 2. Aksinya memang bagus. Kali ini ada zombi. Sesuai dengan tajuknya, jalan ceritanya memang asyik berlari.
Walaupun begitu saya lebih sukakan Maze Runner yang pertama. Mungkin kerana ketika itu belum tahu kenapa mereka berada disitu. Unsur "saspen"nya lebih. Tetapi yang menjadikan The Scorch Trials ni menarik adalah twist di penghujung ceritanya. Memang saya tak sangka. Ianya membuatkan anda rasa tak sabar pula untuk menunggu sambungannya.
Aku kadang confused jugak antara Maze Runner,Insurgent ngan Hunger Games pasal ceritanya pun semua adaptasi novel.kalo zaman bebdk dulu pun yg tau Indiana Jones ngan Back To The Future la..haa lagi satu filem Breakdance part 1&2..heheh..
ReplyDeleteMad Max baru tu ribut...
ReplyDeleteAku tertarik konsep maze runner ni tapi tak pernah ada chance tengok lagi
Nampaknye aku tertinggal kapal pasal filem n novel hihihu
ReplyDeleteNampaknye aku tertinggal kapal pasal filem n novel hihihu
ReplyDeleteThis comment has been removed by the author.
ReplyDeletenampak gaya nak kena tengok
ReplyDeletefirst punya boleh tahan jugak dia punya thrill
aku suka genre post-apocalypse, tapi ntah apsal tak melekat filem pertama...
ReplyDelete