Monday, September 21, 2015

Sweet Charity 88

Lagi album-album terbitan semula...


Sweet Charity - Sweet Charity 88 (2015) - terbitan asal 1988

Masih saya tak lupa dalam rancangan radio 80an, "Pop Rock" kelolaan Arwah Adnan Masnan, Ramli Sarip menyuarakan ketidakpuashatian beliau terhadap album ini. Beliau tidak bersetuju Rosli Mohalim terus menggunakan nama Sweet Charity. Bagi beliau, tanpa anggota asal, tiada siapa pun yang layak untuk terus menggunakan nama Sweet Charity. tapi biasalah...mungkin ini percaturan syarikat rakaman. Sama macam kes Search album Selepas Banjir. Yang jadi tambah kontroversinya, mereka menggunakan penyanyi wanita.

Saya tidak pernah memiliki kasetnya. Tetapi pernah mendengarnya di rumah rakan sekolah 27 tahun yang lalu. Memang dah lupa pun bagaimana lagu-lagunya. Kecuali lagu "Cinta dan Cipta" yang agak popular juga di radio Singapura pada ketika itu. Dan yang paling saya ingat ada satu lagu saduran dari Dokken. Tapi lupa pula lagu mana.

Mendengarnya semula tidak mengembalikan apa-apa ingatan. Rasa macam kali pertama mendengarnya. Cumanya baru teringat lagu Dokken tersebut adalah "Dream Warriors" yang diubah menjadi "Terpadaya". Yang tak bestnya lagu ini menjadi terlebih pop di tangan Rosli Mohalim. Memang tak boleh lawan versi asal George Lynch.


Album ini sememangya berbeza dari zaman Ramli Sarip. Selain penyanyinya, muzik dan imejnya juga berubah. Sweet Charity 88 lebih cenderung ke arah muzik hard rock 80an. Ia mengingatkan saya pada perubahan yang berlaku pada "Whitesnake" dan "Deep Purple". Walaupun begitu lagu track pertama, "Padah" dan ketiga, "Peracun" masih kuat feel rock 70an. Lagu "Peracun" terutamanya (ciptaan Rosli) masih kuat berbunyi seperti Sweet Charity yang lama walaupun sound solo gitar Rosli agak "up to date".

Suara Zaitun (kalau tak silap saya begitulah nama penyanyinya) agak garau dan kasar. Mengingatkan saya pada Sahara Yaacob. Tapi vokal sebegini memang sesuai meyanyikan lagu rock. Memang kena. Mungkin kalau tak diberi tahu dari awal, ada lagu-lagunya yang saya tak perasan pun dinyanyikan oleh seorang wanita.




9 comments:

  1. Wahh..dah ada.sound dia mcm mana ok tak?kalo jumpa aku beli.tgh tggu junction penentuan ngan bloodshed je ni

    ReplyDelete
  2. aku tgh bayangkan part chorus "we're the dream warriors..." ganti dgn "...terpedaya" mcm ngam je...

    ReplyDelete
    Replies
    1. "we're the dream warriors..." tu jadi "ku terpedaya..." memang ngam...hahaha...

      Delete
  3. I never have this cassette, I dont want to hear it.
    Tambah dah stress lak aku baca kat paper orang cakap "harap jangan silap lagi dalam percetakan hingga huruf "e" terbalik".

    ReplyDelete
  4. baru aku tau yg sweet charity ada vokalis selain ramli sarip...hahahaha

    ReplyDelete
  5. aku setuju jga ngn Ramli sarip... cm xwajar la gna name Sweet Charity...bek gne The Mohalim's ke...ok jgk tu...

    ReplyDelete