Friday, September 25, 2015

Transfigurasi

Yang dah 20 tahun....


Shahrul - Transfigurasi (1995)

Pemain kaset dah rosak. Kasetnya pun dah hampir 20 tahun tak pernah dimainkan. Makanya tak bolehlah nak cerita tentang lagu-lagu di dalamnya. Dah terlupa.

Tetapi kalau cerita pasal Shahrul atau Ekamatra secara umumnya. Sudah 2 kali saya bertemu mereka. Pertamanya di kedai kaset tingkat 2 di Komtar, Johor Bahru. Lejen tempat ni suatu ketika dulu. Ketika itu mereka bersama-sama kumpulan Crossfire mengadakan seisi promosi album. Tahun 1989 kalau tak silap.

Kali keduanya (tahun 1990) ketika saya hadir menyaksikan persembahan konsert live Ekamatra di panggung wayang lama di Ulu Tiram. Tinggal sejarah tempat ni. Generasi baru mesti tak tau. Tempat saya menyaksikan filem Bukit Kepong. (Satu kampung pergi tengok...hahaha..) Lama dah tutup panggung ni. Sekarang dah diubahsuai jadi kedai. Ianya terletak berdekatan dengan bus/taxi stand Ulu Tiram.


Sharul ni memang klon Malmsteem. Terutama di zaman-zaman awal kemunculan dia. Tengok sahajalah jenis gitar yang dimainkan beliau. Menyaksikan dia live di Ulu Tiram dulu rasa macam tengok video Malmsteen Live in Leningrad. Sebijik gaya, dressing dan cara permainannya. Apa yang Malmsten buat itulah yang sebijik di tirunya.

Tak kisah la klon ker apa. Saya memang tabik dengan dia. Zaman tu dia baru 16 atau 17 tahun. Usia semuda tu dah boleh main sebijik macam Malmsteen memang tabik la. Hebat. Antara gitaris Malaysia yang saya kagum.

Sayang tak tau kat mana silapnya (lebih pada masalah peribadi mungkin). Bintang dia tak berapa nak menyinar. Selepas Ekamatra, Eka, Man Bai, Zainal Abidin (sekadar menyebut yang saya tahu) dia terus menyepi. Timbul sekali sekala dengan berita kontroversi dan menyepi kembali. Tak pasti adakah beliau masih aktif. Sayang bakat dia terbuang begitu sahaja.

Khabranya album Ekamatra "Satu Tekanan Irama" juga akan diterbitkan semula oleh Universal Music/EMI dalam bentuk cd. Kalau betul, mungkin juga akan saya beli.







8 comments:

  1. Shahrul antara gitaris yg mmg berbakat selain pandai men gtar...aku xpandang klu gitaris tu reti men gtar jek tp xreti nk wt lgu sendri...klu kte blajar kt skula muzik pun klu sampai final exam...maestro akn suruh kte wt lgu sendri...nk tgk kte ni pandai dn berbakat...klu setakat pandai jek.. x kemana pun....

    ReplyDelete
  2. "Satu Tekanan Irama" aku rase universal xkn reissue...tp akn cetak semula album ni...pasal universal dh reissue album ni pada taun 2009...dn jgk sume album yg pnah universal reissue seblumnya dorg akan cetak semula...

    ReplyDelete
  3. I have this on cd. Somewhere kat gerobok.
    ekamatra kalau keluar balik cd aku nak beli.
    dekni memang ada kontroversi la ye, tapi ekamatra dulu paling hebat.
    aku maaih ingat, rahmat solo keluar ke beli,.. keluar baru je beli

    ReplyDelete
    Replies
    1. album ni pun khabarnya akan diriliskan balik...sama juga dengan Rahmat...

      Delete
  4. senyap terus dia eh.syg betul,dia ni dah boleh di katakan legend jugak.1st album Ekamatra pun memang sebijik solo Malmsteen dalam lagu2 dia

    ReplyDelete
  5. Album Satu Tekanan Irama mmng patut ada sebab kualiti muzik, skill serta lagu2 yang menarik kesemuannya...

    ReplyDelete
  6. Dia pernah joined Amuk dulu...lps tu trus ilang

    ReplyDelete