Friday, September 18, 2015

Hell Awaits

Yang dah 30 tahun...


Slayer - Hell Awaits (1985)

Persetankan perihal sound dan produksinya. Ini Slayer ok. Hell Awaits memang setan. Tengok sahajalah gambar kavernya...memang setan! (heheh..)

Secara peribadi, masa kali pertama tengok gambar kavernya di kaset, memang takut. Dengar lagu pembukaannya pun memang takut. Baca liriknya lagi la takut. Slayer adalah band yang menakutkan saya pada ketika itu. Bayangkanlah rasa tak terpikir pun ada muzik yang lebih setan, lebih laju, lebih brutal dari Iron Maiden dan Motley Crue. Waktu itu saya telah pun mendengar Mercyful Fate, Venom dan Metallica Tetapi entah kenapa Slayer lagi menakutkan.


Pada pendapat saya Hell Awaits (pedulikan perihal produksinya) adalah tempat bermulanya Slayer mendapatkan sound mereka yang menjadi trademark untuk beberapa tahun yang mendatang. Album ini menarik, sayangnya kurang lagu yang betul-betul kuat. Mungkin hanya lagu yang menjadi tajuk album "Hell Awaits". Lainnya jenis lagu yang dengar...habis...dengar...habis...tak melekat. Mungkin itu penyebabnya album ini menduduki rangking paling bawah dalam ranking album pilihan Slayer 80an saya.

Apa-apa pun itu sekadar pendapat saya sahaja, Anda mungkin lain. Tapi kalau anda die-hard Slayer, ini memang wajib ada.

Tak dengar lagi album baru mereka. Best ker?







8 comments:

  1. hail slayer... ada video klip terbaru dorang ni kena saman ngan metallika bab ciplak main kat penjara tu hahaha

    ReplyDelete
  2. Aku pun takut, takut nak dengar album baru. Hahaha

    ReplyDelete
  3. Haritu ada lp reissue dia aku pegang,letak,pegang letak.last2 tak beli jugak.heheh.dulu ada kaset,member dtg umah melepak (bdk2 sekolah menengah agama) tengok cover kaset terus tuduh aku sesat..heheh

    ReplyDelete
  4. bg aku Slayer la bpk segala Metal era 80an...persetankan Metallica...persetankan Megadeath dn len2...

    ReplyDelete
  5. Slayer - Repentless . Mmg awesome. Produksi yg berat hasil tangan Terry Date (Pantera, Overkill, Dark Angel etc..) memang tak mengecewakan. Christ Illusion n World painted Blood kekurangan bunyi berat yang sepatutnya Slayer terajui. Tapi album Repentless meletakkan mereka di tempat yang sepatutnya semula. Solo Gary Holt agak tajam bunyinya tapi masih boleh diterima oleh para Slaytanic. Tapi siriyes memang terasa kehilangan Jeff Hanneman laaa. Tapi mcm ada sesetengah fans cakap " We have lost hanneman since 1995 . . . ". hmmmmmm.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tq...tapi saya sukakan ayat "We have lost hanneman since 1995 . . . "

      pasal saya pencen dah dengan Slayer semenjak tahun tu...heheh...

      Delete
  6. slayer tetap slayer...cuma lagu dlm album ni xde yg melekat dikepala saya...hahaha

    ReplyDelete