Saturday, September 5, 2015

Meditasi

Lagi pasal cd rilisan semula...


Meditasi - Meditasi (1990) - rilisan semula 2015

Tak pernah dengar ketika kali pertama ianya diterbitkan. Tidak berminat pun. Ketika itu album-album sebegini sememangnya allergic. Hahaha,,,

Cuma sekarang baru teringin nak dengar. Nak juga tahu apa yang saya tertinggal ketika era kegemilangan rock melayu tahun 90an. Terimakasih kepada NSR. Kalau bukan kerana rilisan semula sebegini, memang sampai bila-bila pun saya tak akan mendengarnya. Kecuali lagu-lagu perlahan mereka yang sering keluar di radio.


Perlu diakui, mereka bagus. Baru sekarang saya tahu yang mereka bukan sekadar band poster. 8 dari 10 lagu dari album ini adalah ciptaan mereka sendiri. Tabik! Tetapi adakah mereka sendiri yang bermain semasa rakaman? Bab itu saya tidak pasti. Sedikit kemusykilan bila telinga amatur saya merasakan ada perbezaan sound gitar antara lagu-lagunya. Contohnya lagu "Biar Pedih Kasih Memanjang". Atau mungkin juga perkara ini berlaku kerana lagu tersebut dari seisi rakaman yang berbeza. Tidak sama waktu. Maklumlah yang ini lagu M.Nasir.

Apa-apa pun saya agak tertarik dengan lagu-lagu rancak mereka terutamanya lagu "Debu Berbisa" dan "Hey Hey Hey Meditasi". Mungkin kalau mereka berpeluang untuk merakamkan album lebih awal, kedudukan mereka boleh seiring dengan kumpulam MAY atau Sofea contohnya. (membandingkan 2 kumpulan tersebut kerana saya rasakan ada antara lagu-lagu mereka mempunyai sound dan riff yang hampir kepada MAY atau Sofea era Boneka Pentas)

Sedikit terkilan cumanya cd ini soundnya agak mendap. Rasanya pihak NSR perlu lebih peka terhadap perkara ini untuk rilisan mereka yang akan datang. Atau mungkin sahaja rakaman asal album ini sememangnya sudah begitu.




7 comments:

  1. Aku sokong keluar balik cd2, dan korang semua beli semua dan review satu2 k.
    Nanti aku pilih pelan2 mana aku nak collect dari baca review korang haha.

    ReplyDelete
  2. Cd ni pun selalu aku nampak.mmg tak beli pun.nasib baik ko dah review..heheh..tapi yg herannya semua kedai aku masuk cd ni ngan cd feminin senang betul jumpa.

    ReplyDelete
  3. Sound effectnya bg guitar dn drum mmg xsame antara beberapa buah lgu...agaknye dorg nk cari kesesuaian yg terbaik...kadang2 lion studio neh ade bnyk studio...ade Studio A, B, C...1, 2, 3...

    ReplyDelete
  4. alergic hahahaha...makin rancak skg ni dgn rilisan semula, tak tahu nak beli ke tak.. adouiii

    ReplyDelete
  5. Tak pernah jumpa cd ni. Broteromber beli kat mana?

    ReplyDelete